Bekas Presiden PBSNT Desak Subkhiddin Letak Jawatan

Isu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 sehingga kini masih hangat dibincangkan dan terbaharu bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mendesak Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh supaya meletak jawatan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian menegaskan Subkhiddin sepatutnya bertanggungjawab susulan prestasi buruk pengadil Suresh Jayaraman ketika mengendalikan perlawanan itu.

“Andai beliau (Subkhiddin) tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dan mahu menegakkan benang yang basah, saya fikir lebih baik beliau berundur daripada bersandiwara.

“Hal ini kerana jawatankuasa pengadilan yang diketuai oleh beliau tetap mempertahankan keupayaan Suresh mengendalikan aksi final walaupun hakikatnya pengadil dari Selangor itu melakukan banyak kesilapan selain keputusannya boleh dipertikaikan.

“Saya juga hairan kenapa pengadil yang saya difahamkan tidak berada dalam senarai FIFA dan sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi Piala Kementerian Pengajian Tinggi dipilih mengendalikan perlawanan sebesar itu,” katanya.

Pengadil Suresh Jayaraman mencetus kemarahan penyokong apabila membuat keputusan yang salah ketika mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu lepas.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH), Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris turut mendesak Subkhiddin agar berundur dan kurang senang dengan tindakannya mempertahankan pengadil kontroversi itu.

“Kenapa perlu dipertahankan lagi… kalau terbukti salah, usah tegakkan benang yang basah… dah boleh pertimbang untuk letak jawatan,” ujar Dr Najmil.

Subkhiddin sebelum ini menjelaskan pengadil tersebut sangat layak dan bukan dipilih semberono ataupun tangkap muat. Beliau memberitahu yang Suresh menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM.

Antara kriteria diambil kira oleh Jawatankuasa pengadil FAM dalam pemilihan Suresh Jayaraman ialah:

– Kemampuan Suresh mengendalikan cabaran (tekanan) daripada kedua-dua pasukan. Beliau telah membuktikannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

– Suresh dipilih kerana Subkhiddin merasakan pengadil itu ada komitmen yang tinggi serta memiliki sikap untuk bersaing secara sihat di dalam usaha memajukan dirinya.

– Suresh Jayaraman ada pengalaman 2 tahun menjadi pengadil Liga Super dan sebelum ini menjadi pengadil Liga Premier yang juga merupakan salah satu daripada liga utama di Malaysia.

– Subkhiddin juga menyatakan mereka mahu mengketengahkan pengadil berbangsa India di pentas final selepas sekian lama tidak ada pengadil berbangsa India yang berketerampilan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN