Nampak gayanya, konflik yang melanda Syria belum menampakkan tanda-tanda bakal berakhir.
Perang yang tiada henti itu menarik perhatian para pemain Serie A dan juga lagenda Itali.
Bagi mereka, perkara ini haruslah ditamatkan dengan segera kerana semua orang berhak hidup dalam suasana yang aman.
Setiap anak itu adalah anakku
Bagi bintang AS Roma, Francesco Totti keganasan yang berlaku di Syria nyata perkara yang beliau tidak mahu lihat.
Beliau telah mengambil inisiatif melalui media sosial untuk menzahirkan perasaan sayu lagi pilu terhadap apa yang berlaku.
Totti menggunakan hastag #EveryChildIsMyChild atau bermaksud “setiap anak itu adalah anakku” sebagai tanda rayuan agar peperangan di Syria dihentikan dengan serta merta.
Totti juga menggunakan hashtag #StopWarCrime (hentikan jenayah perang) di laman sosialnya.
https://www.instagram.com/p/BSlEXscjF-z/
Di Syria, kanak-kanak merupakan antara mangsa peperangan yang berlaku di negara bergolak tersebut.
Selain Totti, bintang-bintang Serie A yang lain turut serta menyertai kempen ini.
Penyerang Juventus, Paolo Dybala turut menggunakan kuasa media sosial untuk menyampaikan mesej keamanan terhadap situasi perang di Syria.
“Hentikan perang!,” tulis Dybala di laman Instagramnya selepas perlawanan Juventus-Chievo Verona.
Selain Dybala, Ciro Immobile turut menyampaikan mesej sambil diikuti oleh lagenda Itali – Gianluca Zambrotta.
Situasi di Syria menyaksikan 85 orang terkorban selepas serangan kimia dilakukan terhadap orang awam.
Serangan kedua dari pihak Amerika Syarikat menyaksikan 7 orang terkorban.
4 daripadanya adalah kanak-kanak.
Baca juga: Chant Sinikal Ultras Melaka Kepada Pemain Yang Longlai Di Atas Padang