Pemain Remaja Nice, Curi Jam Tangan Rakan Sepasukan Di Bilik Persalinan

L’Équipe melaporkan penyerang berusia 18 tahun, Lamine Diaby disyaki mencuri jam Kasper Dolberg yang bernilai €70,000.

Pada isnin lalu, jam miliki Kasper Dolberg gagal ditemui di bilik persalinan. Dolberg awalnya, meminta kelab untuk menyiasat secara tertutup. Namun tiada tindakan diambil oleh kelab.

Itu yang memaksa pemain kebangsaan Denmark itu menyerahkan kes itu kepada polis. Siasatan polis menjurus kepada seorang saspek iaitu, Lamine Diaby.

Tidak lama selepas itu, laman yang sama menyatakan pemain tersebut sudah bertemu dengan pengurus, Patrick Vieira, meminta maaf di atas kesalahannya dengan ditemani oleh peguamnya.

Berita ini cuba dirahsiakan secara dalaman oleh Nice, namun malangnya beberapa orang di dalam kelab, telah membuatkan berita ini tersebar kepada media luar.

Lamine Diaby merupakan pemain yang dianggap prospek dalam pasukan Nice. Beliau mewakili Perancis di peringkat B-16 sehingga B-18.

Dalam keadaan sekarang ini, Lamine Diaby berhadapan dengan tindakan tegas termasuk ditamatkan kontrak serta merta.

Beliau merupakan pemain tempatan pasukan tersebut. Hanya 30 meter tempat kelahiran beliau dengan kompleks sukan OGC Nice.

Diaby sudah diberikan beberapa aksi oleh kelab namun pada April lalu pemain itu cedera di buku lali dan berehat panjang.

Beliau baru kembali ke pusat latihan sebaik sahaja pulih selepas pembedahan.

Patrick Vieira dilaporkan akan menggunakan Diaby dalam aksi hujung minggu ini dan tidak begitu ambil pusing akan insiden tersebut.

Berbalik kepada cerita pemain remaja ini. Semua orang melakukan kesilapan. Namun bagi kami OGC Nice patut lebih baik dalam mengendalikan kes ini. Mereka sepatutnya terus mengambil langkah pro aktif sebaik sahaja Kasper Dolberg membuat laporan kepada kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN