Pemain Rangers Ini Kena Maki Dengan Penyokong Sendiri Kerana Pakai But Warna Hijau

Barrie Mckay kena maki dengan penyokong beliau sendiri di Rangers dengan satu alasan yang tak munasabah.

Ia telah membuatkan internet naik meletup kerananya!

Hijau

Mckay dikecam hebat oleh para peminat Rangers kerana telah memilih untuk pakai kasut but berwarna hijau sebagai warna terbaru kasut butnya.

Ketika perlawanan menentang Ross County tempoh hari, McKay telah memakai kasut but berwarna hijau. Tindakannya itu telah mengundang kemarahan penyokong-penyokong Rangers kerana warna hijau itu dikaitkan dengan warna musuh utama mereka iaitu Celtic.

Barrie McKay (jersi biru) memakai kasut but berwarna hijau.

Di internet, penyokong Rangers telah mengecam tindakan McKay itu.

Namun begitu ada juga yang mengatakan tindakan sesetengah penyokong Rangers itu adalah satu tindakan bodoh untuk mengecam McKay.

Sebaliknya, mereka mahu agar penyokong Rangers terus fokus memperbaiki prestasi mereka dan terus mengejar Celtic dan bukannya mengecam McKay.

Selain McKay, penjaga gol mereka Wes Foderingham turut dikecam atas alasan yang sama. Cuma kali ini Foderingham menggunakan sarung tangan berwarna hijau.

Biru dalam hijau

Jika isu McKay yang memakai jersi Rangers yang berwarna biru bersama dengan kasut but berwarna hijau menjadi isu dalam kalangan penyokong Rangers, perkara itu bukan menjadi masalah buat penyokong Celtic.

Di Celtic, kapten mereka Scott Brown dan pemain pinjaman dari Manchester City iaitu Patrick Roberts kedua-duanya menggunakan kasut but berwarna biru.

Patrick Roberts & Scott Brown (tengah) kedua-duanya menggunakan kasut but berwarna biru.

Ia tidak pernah mengundang masalah dalam kalangan penyokong Celtic. Barangkali mungkin kerana mereka telah menganggap kelab Rangers itu telah ‘mati’ bagi mereka.

Baca juga: JDT Gagal Lepasi Cabaran Sukar Gamba Osaka! Selepas Satu Perjalanan Yang Jauh!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN