JDT Gagal Lepasi Cabaran Sukar Gamba Osaka! Selepas Satu Perjalanan Yang Jauh!

Gamba Osaka vs JDT adalah perlawanan play-off terakhir untuk menentukan slot ke ACL 2017.

Separuh masa pertama Gamba Osaka vs JDT

JDT dipaksa betahan pada awal perlawanan. Gamba Osaka melancarkan serangan dari tengah dan kiri.

Gamba Osaka mengenakan high line pressing yang kuat untuk menekan para pemain JDT. Mereka mahu mendapatkan gol seawal mungkin.

Kunanlan menjadi pemain pertama melakukan cubaan tepat pada minit ke-9 dari jarak jauh, namun ia mudah diselamatkan.

Pada minit ke-13, Kurata melepaskan cubaan deras dari luar kotak penalti, Farizal Marlias gagal menampan kemas.

Namun tidak ada susulan yang berjaya dilakukan pemain Gamba Osaka.

JDT melancarkan serangan dan masuk ke dalam kotak penalti Gamba Osaka buat kali pertama pada minit ke-17.

Namun cubaan Safawi Rashid hanya terkena jaring. 4 minit kemudian, Fazly Mazlan dilayangkan kad kuning.

Pada minit ke-25, menerusi Ademilson yang melakukan tandukan bebas selepas tidak ada pemain JDT mengawal beliau.

Kredit juga kepada Kono yang melakukan hantaran cantik dari half-space kiri.

Minit ke-29, Shun Nagasawa menambah gol buat tuan rumah. Mirip pendekatan yang sama, serangan dari kiri. Cuma kali ini, bola dihantar rendah.

Gamba meneruskan pemburuan gol. Mereka mengekalkan penguasaan bola dan hantaran-hantaran bahaya.

Minit ke-40, Brian Ferreira melakukan cubaan dari jarak jauh namun berjaya dihalang oleh Higashiguchi.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 memihak tuan rumah.

Separuh masa kedua

Gamba Osaka mengekalkan intensiti mereka. Pengadil awal-awal lagi tidak mengendahkan tuntutan penalti oleh mereka.

Minit ke-55, Cabrerra menghantar bola yang gagal ditangkap kemas oleh Higashiguchi namun tidak ada pemain JDT mencabar.

Tidak lama kemudin, Benjamin Mora memasukkan Mahali Jasuli menggantikan Azamuddin Akil.

Pada minit ke-65 giliran Safawi Rashid pula dihadiahkan kad kuning. Itu aksi terakhir Safawi yang digantikan oleh Nazmi Faiz seminit berselang.

Pada minit ke-69, bek sisi Gamba Osaka, Fujiharu pula hampir menjaringkan gol setelah banyak kali mencipta peluang kepada rakan-rakan beliau.

Namun rembatan derasnya dihadang Fadhli Shas. Gamba mendapat sepakan penjuru.

Hasil sepakan penjuru inilah Gamba terus mendapat gol ke-3. Ia bermula dengan antaran cantik Endo disudahkan Miura.

Selang seminit kemudian, satu lagi kawalan lemah membolehkan Kono pula melakukan tandukan bebas hasil sepakan penjuru Endo. Namun sedikit terkeluar.

Perlawanan kemudiannya agak kurang intensif dan Gamba Osaka kelihatan sudah menyatakan, misi selesai dengan 3 mata.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Gamba Osaka hampir menambah jaringan menerusi 2 cubaan bahaya pada masa kecederaan.

Namun tidak ada gol berjaya ditambah. Perlawanan berakhir 3-0.

Kekalahan ini bermakna JDT gagal mara ke peringkat kumpulan ACL 2017. Apapun tahniah JDT kerana sudah mara sejauh ini.

kredit foto: JST

Ia sentiasa tugas sukar untuk melepasi cabaran dari pasukan Jepun
dalam laluan play-off ini.

Gamba Osaka melengkapkan penyertaan 4 pasukan dari Jepun untuk beraksi di ACL.

Selamat berjuang kepada JDT di Piala AFC 2017 dan selamat kembali ke tanah air!

Ia satu perjalanan yang lebih jauh dalam kempen anda kali ini setelah mara sehingga ke play-off terakhir.

Harap ia dijadikan bekalan dan pengalaman berguna di masa akan datang.

Nantikan analisis penuh perlawanan daripada kami di semuanyaBOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN