Pemain Premier League Menanti Bila Dapat Kembali Beraksi

Billy Gilmour Premier League

Pemain-pemain Premier League (PL) kini masih lagi ternanti-nanti bilakah mereka akan dapati dibenarkan semula untuk beraksi, menurut laporan Sky Sports.

Menurut persatuan pemain profesional di England, majoriti pemain masih lagi risau akan situasi berbahaya yang dihadapi sekarang namun begitu mereka kini mahu kembali berlatih dan bermain.

Beberapa siri perbincangan akan dilakukan oleh pasukan dengan Premier League termasuklah pihak berkenaan kesihatan di England untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai situasi ini.

Dalam perbincangan tersebut, terdapat beberapa perkara akan menjadi topik antaranya cara untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat, melindungi pemain dan pekerja kelab sepanjang masa serta melakukan ujian saringan.

Sekiranya cadangan itu berjaya diterima oleh pihak kesihatan England, termasuk kelab, pemain dan juga pengurus, maka sesi latihan akan disambungkan semula.

Namun begitu, latihan hanya akan diadakan dengan kawalan ketat menerusi latihan dalam kumpulan kecil serta latihan yang tidak melakukan sebarang sentuhan.

Malah, satu-satu sesi latihan juga tidak akan diadakan selama melebihi 75 minit.

Minggu ini dilihat cukup penting apabila PL akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan hala tuju musim mereka terutamanya mengenai bilakah musim akan disambung semula.

Selain itu, turut akan dibincangkan mengenai potensi 14 pasukan bawahan PL untuk mahukan PL memansuhkan penyingkiran sekiranya baki saingan diadakan di gelanggang berkecuali.

Hal ini menurut mereka, suasana bermain di gelanggang berkecuali akan berbeza ditambah tanpa kehadiran penyokong akan membuatkan ianya tidak adil buat mereka.

Sekiranya usul untuk memansuhkan penyingkiran liga itu diterima, English Football League (EFL) akan mengambil tindakan undang-undang kepada PL kerana menafikan peluang pasukan dari liga tersebut untuk beraksi di liga teratas England.

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN