Saat artikel ini ditulis, Arsenal berada di kedudukan ke 6 liga perdana Inggeris (EPL)
Dan apa yang pasti, Wenger harus membuat percaturan yang baik dengan membeli pemain yang mampu menjadikan Arsenal pencabar utama kejuaraan EPL.
Takkan asyik nak duduk no 4 je lagi kan?
Mungkin pemain-pemain ini bakal menjadi pilihan Arsene Wenger semasa sesi perpindahan Januari ini.
1. Iker Casillas
Penjaga gol utama Real Madrid dijangka berpindah ke kelab lain kerana Real Madrid lebih cenderung untuk membeli De Gea atau Peter Cech .Casillas juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Itali, AS Roma.
2. Isco
Walaupun berbisa tapi Isco kurang menonjol di La Liga.”The next Iniesta “ini dijangka akan berhijrah dari skuad Real Madrid pada Januari.Isco dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, tidak pasti sama ada secara pinjaman atau pembelian terus.
3. Sami Khedira
Khedira tidak menyambung kontraknya dengan Real Madrid dan beliau telah dikaitkan dengan kelab Arsenal, Bayern Munich pada sesi perpindahan Januari ini.Khedira dilihat berpotensi untuk melengkapkan the missing puzzle Arsenal di bahagian tengah.
4. Grzegorz Krychowiak
Pemain tengah bertahan kelab Sevilla ini turut mendapat perhatian Arsene Wenger untuk musim perpindahan Januari.Arsenal memang diketahui sangat lemah di bahagian tersebut.
Layan dulu video kompilasi Grzegorz Krychowiak :
https://www.youtube.com/watch?v=oTHutzqkgaM
5. Julain Draxler
Wonderkid Jerman ini sudah cuba dipancing Arsenal dari musim perpindah sebelum ini tapi tidak berjaya.Arsene Wenger dikhabarkan sudah pun berurusan dengan Schalke untuk musim perpindahan Januari ini.
6. Edinson Cavani
Pemain berbisa Uruguay, Edison Cavani bakal dilepaskan PSG.Cavani merupakan calon penyerang yang sesuai bagi mengisi posisi penyerang Arsenal.
Korang rasa Arsene Wenger akan bawa masuk siapa?