Pemain Pertahanan Baharu St. Ettiene Disangka ‘Pak Guard’ Kerana ‘Overweight’

Joris Gnagnon disangka seorang pengawal keselamatan selepas tiba melaporkan diri di St. Ettiene pada jendela perpindahan Januari ini.

Gnagnon sememangnya amat dikenali dengan isu berat badan berlebihan. Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu dipecat oleh Sevilla pada September lepas selepas kelab Sepanyol itu risau akan tahap profesionalisme dan keadaan fizikal pemain itu.

Situasi tersebut menyebabkan ketibaan pemain itu di Stadium Geoffroy menjadi tanda tanya.

Pemain ejen bebas itu sah menyertai kelab Ligue 1 itu pada jendela perpindahan Januari dengan kontrak sehingga ke penghujung musim ini.

Bekas pemain B-20 dan B-21 Perancis itu sebenarnya dibawa masuk oleh bekas pengurus, Claude Puel sebelum pengurus itu dipecat pada awal Disember lalu.

Walaupun selepas hampir sebulan bersama St. Ettiene, pemain itu belum melakukan sebarang penampilan kerana datang dengan berat berlebihan sebanyak 20kg.

Keadaan pemain tersebut menyebabkan salah seorang rakan sepasukan pernah menyangkakan Gnangnon adalah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kelab tersebut – dan mendakwa susuk badan pemain itu amat gempal.

Walaupun terdapat laporan Gnagnon telah memperbaiki tahap kecergasan, pemain itu masih lagi cergas sepenuhnya untuk beraksi. Ini menyebabkan pengurus St. Ettiene, Pascal Dupraz terpaksa merekrut bekas pemain Manchester City, Eliaquim Mangala.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Setakat ini St. Ettiene melalui musim yang buruk, merekodkan hanya tiga kemenangan daripada 22 perlawanan – dan sekadar menjaringkan 19 gol.

Berada di kedudukan tercorot, kelab itu kini ketinggalan lima mata daripada zon selamat yang diduduki Bordeaux.

Kelab itu turut disingkirkan dari pertandingan Piala Perancis oleh kelab Chapionat National 2 (divisyen bawahan), Bergerac Perigord pada Ahad lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN