Persiapan pasukan Liga M3, MNY FC dilihat berada dalam keadaan yang baik terutamanya selepas mereka melakukan sesi pemilihan pemain baru-baru ini.
Apa yang menarik adalah mereka kini turut menetapkan sasaran yang sedikit berlainan dalam usaha mereka mendapatkan pemain.
Hal ini kerana, kelab yang berpengkalan di Ipoh itu berusaha untuk mendapatkan bintang muda dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Menurut pengarah teknikalnya, Zulfa Arnis Marah Sutan, beliau menetapkan sasaran mencari sedemikian dengan meneroka ke perkampungan Orang Asli di Gerik, Perak.
Hasilnya dapat dilihat apabila salah seorang pemain yang menyertai pemilihan iaitu Muhammad Haikell menarik perhatian pihak panel pemilihan yang memerhati.
Haikell yang beraksi di bahagian tengah mencuri tumpuan ramai pihak ketika sesi pemilihan bersama-sama seorang lagi pemain iaitu Refon Roslan yang beraksi sebagai penyerang.
““Sejujurnya saya teruja dengan aksi yang ditunjukkan oleh dua pemain ini. Mereka memang ada bakat semula jadi dan ia sememangnya sesuatu yang kami cari sekali gus untuk berikan mereka peluang beraksi di lebih tinggi,” kata jurulatih MNY FC, S. Sathia Kumaran.
Apa yang menarik, kedua-dua pemain ini menyinar dalam kalangan 42 individu lain yang cuba mendapatkan tempat dalam pasukan itu baru saja berusia 19 tahun.
Selain daripada dua bintang muda Orang Asli ini, MNY FC turut menarik perhatian beberapa bekas pemain Liga Super untuk mencuba nasib.
Antaranya adalah Fiqrie Talib yang sebelum ini beraksi untuk Kedah serta Khairul Amri Sallehudin yang pernah bermain untuk Perak.
Sebelum ini, MNY FC sudah mengesahkan kehadiran bekas pemain Pahang dan Selangor iaitu Hafiz Kamal sebagai bintang baharu mereka.
Baca juga artikel terkini kami:
PREDATOR FREAK vs COPA SENSE, Transformasi Dua Kasut Bola Legenda adidas
5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool
Kejanggalan Situasi Khabar Mehmed Durakovic Tinggalkan Perak