PREDATOR FREAK vs COPA SENSE, Transformasi Dua Kasut Bola Legenda adidas

Adidas Predator Freak Copa Sense

Syarikat pengeluar barang sukan ternama dunia adidas tampil sekali lagi memperkenalkan kasut bola dengan rekaan terbaharu iaitu PREDATOR FREAK dan COPA SENSE menerusi Superlative Pack yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat sukan bola sepak.

Kedua-duanya mempunyai sejarah dan peminatnya yang tersendiri. Predator boleh dianggap sebuah ‘legasi’ yang agak mustahil untuk dipadamkan kerana namanya yang sudah begitu kuat dan sebati dengan adidas sejak diperkenal pada 1994.

Sementara Copa pula bermula dengan sejarah penciptaan Copa Mundial bermula pada 1979 dan kemudian digunakan secara meluas semasa Piala Dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol. Kemudian ditransformasi ke beberapa edisi terbaharu sehinggalah yang ada pada hari ini.

PREDATOR FREAK

Nama Predator dan adidas seakan sudah begitu sebati dan ia sepertinya tidak dapat dipisahkan lagi disebabkan jenama ‘Predator’ itu sendiri yang sudah begitu kukuh sejak diperkenalkan pada 1994.

Apatah lagi apabila satu masa dahulu ia pernah dipopularkan oleh beberapa pemain legenda dunia seperti David Beckham, Zinedine Zidane, Steven Gerrard, Alessandro del Piero dan ramai lagi.

Maka dengan itu, popularitinya tidak pernah luntur sama sekali disebabkan konsep rekaannya yang menarik, elegen serta ‘ganas’, selari dengan nama predator yang bermaksud ‘pemangsa’.

Untuk rekaan edisi baharu ini, adidas telah mengekalkan teknologi DEMONSKIN atau ‘sisik’ yang mula diperkenalkan dalam edisi sebelumnya iaitu PREDATOR MUTATOR.

Memandangkan penciptaan PREDATOR MUTATOR itu sendiri telah pun diletakkan pada aras yang agak tinggi, pastinya agak sukar untuk adidas menampilkan sesuatu yang lebih istimewa untuk edisi terbaharu ini.

Predator 20 vs Predator Freak
Perbandingan Demonskin Predator 20 & Predator Freak

Sungguhpun adidas telah mengurangkan jumlah ‘sisik’ tersebut daripada 406 pada PREDATOR MUTATOR kepada 225 pada PREDATOR FREAK, ia sedikit pun tidak mengurangkan fungsinya dalam memberi impak yang lebih baik apabila melakukan sepakan kerana ia itu masih terdapat pada kedua-dua bahagian iaitu dalam dan luar kaki.

Bukan hanya untuk membuat hantaran atau rembatan, malah cengkaman dari teknologi DEMONSKIN itu turut membantu untuk kawalan bola di atas padang. Ia diakui sendiri oleh bintang Manchester United, Paul Pogba yang memberikan komennya selepas mencuba kasut ini.

“Daripada mula memakainya, saya tahu adidas telah mencipta sesuatu yang istimewa dengan bahan DEMONSKIN itu. Sentuhan pertama saya pada bola, saya sudah dapat rasakan perbezaannya. Saya sangat gembira kerana pengalaman saya dengannya setakat ini telah memberi kesan kepada rekaan Predator yang baharu.”

Penulis yang berpeluang untuk mencuba kasut ini turut merasa teruja mengenai satu perkara. Kebiasaannya mereka yang berkaki lebar atau jenis kaki lengkung rendah (low arch) sering mengalami masalah rasa tidak selesa pada bahagian tengah kaki (mid foot).

Namun masalah tersebut diatasi oleh adidas dengan memilih material atau bahan pembuatan yang lebih fleksibel dan lembut. Sudah tentu ia akan memberi kelegaan kerana ia telah dicipta untuk mengikut bentuk kaki pemakainya.

Kolar PRIMEKNIT yang agak tinggi juga memberi keselesaan tahap maksimum kerana ianya dapat mencengkam bahagian buku lali dengan lebih sempurna.

COPA SENSE

 

Imej ikonik Copa yang mementingkan elemen klasik masih diteruskan di mana rekaannya tetap ringkas tanpa corak-corak yang ‘menyakitkan mata’ namun tetap hadir dengan teknologi FUSIONSKIN serta beberapa inovasi baharu iaitu SENSEPODS, TOUCHPODS dan SOFTSTUDS.

Seperti Predator, bahagian atas yang menggunakan FUSHIONSKIN membolehkan kasut ini terbentuk mengikut acuan kaki pemakainya selain mengurangkan kadar serapan air dan meningkatkan fleksibiliti.

SENSEPODS pula terhasil daripada kerja keras adidas yang melakukan kajian serta pemeriksaan terperinci mengenai kaki manusia yang berbeza bentuk dan jenisnya bagi memahami bahagian kaki mana yang paling banyak ‘berhubung’ dengan bola.

Maka terhasillah teknologi SENSEPODS ini yang direka untuk meminimumkan ruang negatif di sekitar buku lali dan achilles supaya mewujudkan sense atau deria pada kaki agar pemakainya dapat fokus pada setiap sentuhan bola.

Teknologi TOUCHPODS pula terletak di tengah dan tepi kasut yang direka untuk menyerap impak dari bola pada bahagian tersebut. Manakala SOFTSTUDS pula adalah dua studs istimewa di bahagian hadapan kasut yang dibuat dari bahan yang lebih lembut untuk memberi keselesaan ketika mengawal bola.

Pemain handalan seperti Paulo Dybala sendiri mengakui mereka amat berpuas hati dengan rekaan dan teknologi baharu COPA SENSE ini yang pastinya dapat memberi kesan positif kepada aksinya di atas padang.

Yang Mana Lebih Memikat Hati?

Kedua-dua kasut ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sebagai pemain bola sepak, tentunya anda sudah ada jenis dan rekaan kasut yang sudah ‘sebati’ atau ‘sejiwa’ dengan diri anda.

Ulasan serba ringkas mengenai PREDATOR FREAK dan COPA SENSE ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang manakah dirasakan lebih sesuai dengan kaki anda.

Atau mungkin anda boleh ‘sambar’ kedua-duanya sekali! Jika berminat, dapatkannya bermula dari 23 Februari di mana-mana butik adidas berhampiran atau boleh ‘disambar’ secara pembelian dalam talian menerusi laman web adidas.com.my.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai adidas:

Leeds United Terima ‘Lamaran’ adidas, Ikat Kontrak Selama 5 Tahun

Kisah ‘Cinta Mati’ Toni Kroos Buat adidas Adipure 11pro

Predator 20 Mutator: Ciptaan Terkini adidas Dengan Teknologi Demonskin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN