Pemain Muda Malaysia Aqil Arazi Sah Sertai Kelab Perancis, AS Cannes

Seorang lagi pemain muda Malaysia, Aqil Arazi Aziz melebarkan sayap kariernya ke Perancis selepas sah akan menyertai AS Cannes.

Menurut Aqil, 16, beliau telah terpilih untuk memasuki kelab divisyen ke-5 Perancis itu selepas menjalani latihan dan pemilihan selama dua bulan. Sebelum ini, Aqil bermain untuk pasukan sekolahnya, Brooke House College di England.

Perkembangan ini diharapnya dapat memberi impak besar kepada karier beliau. Walaupun AS Cannes kali terakhir bermain di Ligue 1 pada musim 1997/98, ia masih mampu melahirkan pemain berkualiti untuk Les Bleus seperti Zinedine Zidane, Patrick Vieira, Johan Micoud, Gaël Clichy, Sébastien Frey dan Jonathan Zebina.

Aqil dijangka akan diserap masuk dalam skuad bawah-19 terlebih dahulu. Ketika ini skuad bawah-19 Cannes berada di tangga ke-10 daripada 14 pasukan di Championnat National U19.

Aqil Arazi akan mengikut jejak langkah Omar Raiyan Kama Azlan yang beraksi bersama kelab Serbia, Red Star Belgrade dan Allee Putra Azril yang beraksi bersama sebuah akademi di Sepanyol, FC Malaga City.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

EKSKLUSIF: Omar Raiyan Pasang Impian Mahu Beraksi Di Premier League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN