Junior Eldstal Sah Akan Bermain Di Liga Malaysia Musim 2021

Bekas pemain kebangsaan dan JDT, Junior Eldstal sah akan kembali bermain di Liga Malaysia pada musim 2021 nanti selepas dilaporkan telah menerima tawaran kontrak profesional dari sebuah pasukan.

Berita tersebut telah disahkan oleh kelab Eldstal terkini, Metropolitan Police FC. Metropolitan Police FC bermain dalam liga divisyen ke-7 di England. England memiliki sehingga 11 divisyen dalam piramid liga bola sepaknya.

Menurut kenyataan rasmi kelabnya:

“Kelab dengan rasa berat hati mengumumkan pertahanan popular Junior Eldstal akan meninggalkan kelab selepas menerima tawaran kontrak profesional di Malaysia.

“Junior telah memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab memenangi playoff Southern League pada dua tahun lepas. Beliau juga merupakan pemain penting sepanjang tempoh tiga tahun beliau bersama kelab.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Junior atas sumbangannya kepada kelab.”

Pengurus Metropolitan Police Gavin Macpherson pula memberitahu beliau akan mengikuti perkembangan karier pemain tersebut di Malaysia.

“Ini merupakan peluang bagus untuk dirinya. Lagipun beliau telah mempunyai pengalaman [bermain secara profesional di Malaysia] dan ia keputusan yang betul [untuk berhijrah].

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Junior atas sumbangannya sepanjang tiga musim lepas. Beliau pemain yang popular dan penting kepada pasukan dan saya akan terus mengikuti perkembangan kariernya di sana nanti.”

Tinggalkan Malaysia kerana kecederaan

Sebelum ini, Eldstal mengambil keputusan untuk ‘berehat panjang’ daripada arena bola sepak profesional selepas sah mendapat kecederaan slipped disc.

Menurut Eldstal, beliau sering tertanya-tanya mengapa kecederaan sering menimpa dirinya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengelakkan ianya daripada berlaku.

Junior berpendapat semua pihak termasuk DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) patut jelas akan keadaan sebenar dirinya.

Ini mendorong pemain yang kini berusia 29 tahun ini untuk pergi ke Singapura untuk berjumpa dengan doktor pakar.

Hasil MRI yang dilakukan di Singapura, doktor mengesahkan Junior mengalami 2 slipped disc di bahagian bawah belakang dan 1 slipped disc di tulang vertebra di bahagian leher.

Junior Eldstal bermain bola sepak dengan kecederaan ini tanpa dikesan terlebih awal selama 2 tahun.

Laporan pakar di Singapura turut mendedahkan kecederaan yang dialami oleh Junior turut mengancam karier profesional beliau.

Untuk membolehkan beliau pulih sepenuhnya, Junior harus mengikuti proses pemulihan secara intensif selama 3 sehingga 6 bulan.

Laporan pakar juga menyatakan kecederaan yang dialami beliau sekarang adalah punca sebenar kepada deretan kecederaan lain yang dialaminya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Pemain kacukan Sweden-Malaysia ini mempunyai 9 kaps bersama skuad kebangsaan. Beliau memulakan kariernya di Malaysia selepas menandatangani kontrak dengan Sarawak FA pada musim 2013.

Setakat ini masih belum diketahui pasukan Liga Malaysia mana yang telah memikat Eldstal untuk musim 2021.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Junior Eldstal Berehat Panjang, Muat Naik Status Menyentuh Perasaan

VIDEO: Junior Eldstal Ucap Terima Kasih & Selamat Tinggal Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN