Pemain Melaka United Tidak Dibayar Gaji Selama 2 Bulan?

Isu tunggakan gaji kepada barisan pemain dan juga barisan kejurulatihan terus membelenggu pasukan Liga Malaysia sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, pasukan yang beraksi dalam Liga Super, Melaka United (MU) dikatakan berdepan tunggakan gaji sehingga dua bulan dengan gaji yang sepatutnya diterima pada Mei lalu hanya dibayar pada pertengahan Julai.

Menurut laporan daripada Berita Harian, tunggakan gaji itu berlaku selepas perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas tamat pilihanraya umum (PRU).

“Tunggakan gaji berlaku untuk bulan Jun dan Julai jadi ia membabitkan tunggakan selama dua bulan. Gaji untuk bulan Mei sudah diselesaikan sebelum ini.

“Isu tunggakan gaji ini dilihat disebabkan berlakunya perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri namun pemain masih berusaha keras untuk beraksi dengan baik.

“Tetapi kita memang berdepan dengan masalah tunggakan gaji jadi dengan kongres pemilihan kepemimpinan baharu akan berlangsung esok, diharapkan mereka mampu menyelesaikan isu ini,” katanya.

Lee Chang Hoon

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi menjelaskan pihak dalam proses untuk menyelesaikan masalah pembayaran gaji pemain.

“Sebenarnya perkara ini sudah dua, tiga bulan berlaku dan nampaknya ia tidak beri kesan kepada persembahan pasukan kerana pemain juga memahami masalah yang dihadapi persatuan.

“Jadi, saya harap pemain meneruskan persembahan cemerlang. Bagi pihak pengurusan, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini.

“Bila ada masalah tunggakan gaji ini, maknanya memang kami ada masalah kewangan,” katanya

Namun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pemain MU berhubung isu terbabit.

“Buat masa ini, tiada apa-apa laporan dari pemain MU berkenaan apa-apa dakwaan tunggakan gaji. Kami di PFAM tak boleh komen atau buat apa-apa tindakan sekiranya tiada laporan rasmi dari pemain.

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa mana-mana pemain, tak kira dari pasukan mana pun untuk membuat laporan sekiranya ada tunggakan gaji dari pasukan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN