“Pemain Mahu Membuktikan Sesuatu” – Hamidin Kagum Lihat Semangat Skuad Kebangsaan

Menjelang aksi persahabatan skuad kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi, para pemain kini giat menjalani latihan di bawah pemantauan Kim Pan-gon sebagai persediaan kukuh untuk membuktikan sesuatu positif buat penyokong-penyokong Harimau Malaya.

Pan-gon pula pastinya kini mempunyai lebih ramai pilihan pemain untuk disesuaikan dalam taktikalnya berdasarkan senarai yang dipanggil kali ini setelah mempamerkan aksi agak baik ketika perlawanan persahabatan di Singapura tempoh hari.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau sempat meninjau suasana latihan skuad negara semalam dengan perasaan teruja.

Beliau menyifatkan para pemain kini cukup bersemangat dalam aksi latihan bagi mencuri tumpuan Pan-gon agar tersenarai dalam skuad utama menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak lama lagi.

Menurut beliau, setakat ini para pemain giat menjalani latihan serta menunjukkan komitmen tinggi dalam misi membawa nama baik negara sekali gus memberi ruang buat Pan-gon merangka taktikal dalam pasukan.

“Berdasarkan pemantauan hari ini (semalam) saya lihat pemain begitu bersemangat dan komited untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Dilihat juga setiap pemain mahu membuktikan sesuatu dalam memastikan mereka berada dalam radar Pan-gon,” kata Hamidin menerusi Arena Metro.

Untuk aksi akan datang, Malaysia terlebih dahulu bakal menguji keupayaan diri dalam perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Brunei dan Hong Kong pada Jumaat serta Rabu depan di SNBJ.

Selepas itu, mereka bakal mengharungi misi utama mereka iaitu kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan, Bahrain, dan Bangladesh setelah diundi bersama dalam Kumpulan E.

Dalam masa sama, Hamidin juga yakin para penyokong setia Harimau Malaya pastinya merindui suasana gegak gempita di SNBJ setelah dua tahun tidak bersama-sama memberi sorakan padu buat pasukan kesayangan ekoran Covd-19.

“Perlawanan ini, persahabatan mahupun pertembungan kelayakan Piala Asia penting, bukan sahaja ia dinantikan penyokong yang sudah sekian lama rindukan aksi Harimau Malaya di laman sendiri tetapi ia adalah pencetus kepada sentuhan pertama jurulatih Kim Pan-gon,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN