Pemain Piala Presiden Selangor Meninggal Dunia

Pemain skuad Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni Idrus dilaporkan meninggal dunia pada malam tadi.

Menurut laporan Berita RTM, pemain berusia 21 tahun itu sebelum itu rebah di sebuah restoran, sebelum dikejarkan ke hospital.

Merupakan seorang pemain di posisi penyerang, Husni sebelum itu sempat beraksi dalam perlawanan Piala Presiden menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada sebelah petang sebelum kejadian.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 3-0 kepada pasukan JDT.

“Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham semoga Allahyarham ditempatkan bersama dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

“Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan memberikan ruang privasi keluarga Allahyarham bagi menghormati keluarganya.”

Punca kematiannya bagaimanapun belum diketahui.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN