Pemain Kelab Albacete Terjatuh Dari Hotel Penginapan, Perlawanan Terpaksa Ditangguhkan

Albacete

Malang tidak berbau, itulah boleh diungkapkan mengenai perkara yang luar jangkaan. Dalam dunia bola sepak, sudah pasti akan ada perkara yang tidak diingini telah berlaku sehingga menjejaskan perjalanan aktiviti utama.

Pelayo Novo Garcia, pemain Albacete telah dilaporkan terjatuh daripada tingkat tiga hotel di mana beliau menginap. Albacete merupakan kelab yang bermain dalam Segunda Liga (divisyen dua Sepanyol).

Tangguh

Pasukan Albacete menginap di sebuah hotel yang bernama Abba. Mereka pada asalnya dijadualkan akan menentang pendahulu carta liga, SD Huesca.

Namun begitu perlawanan itu terpaksa ditangguhkan kerana kejadian mengejutkan itu.

Pelayo Novo, pemain Albacete yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sepanyol.

Pelayo dikatakan telah bersandar pada salah satu dinding kaca yang terdapat di hotel itu. Malang sekali, dinding kaca itu jatuh dan beliau turut sekali terhumban daripada tingkat 3.

Setelah kejadian itu berlaku, dua orang rakan sepasukan Pelayo Novo itu bergegas menuju ke arah pemain itu untuk memberikan bantuan. Dua orang pemain yang dimaksudkan ialah Ruben Mino dan Susaeta.

Tidak lama kemudian, Pelayo dibawa ke hospital di Zaragoza untuk menerima rawatan. Pelayo kini berada dalam keadaan stabil dan diawasi oleh pegawai kesihatan kelab.

Simpati

Skuad Albacete berada di hospital untuk menziarahi Pelayo Novo. Sumber: BBC.

Setelah berita kemalangan ini diterima oleh Huesca, kelab itu bersetuju untuk menangguhkan perlawanan. Malah, tindakan itu telah dihargai dalam ucapan terima kasih oleh pengurusan Albacete.

Dalam kenyataan tambahan, kelab Sepanyol itu juga berterima kasih kepada banyak pihak termasuk pengurusan liga Sepanyol (La Liga) kerana prihatin disebabkan kejadian itu.

Para pemain Albacete dilihat berada di hospital untuk menziarahi pemain tersebut. Begitu juga dengan pengurus pasukan, Enrique Martin.

Kejadian seperti ini harus diambil iktibar oleh semua pihak berkaitan. Keselamatan pemain mesti diutamakan walaupun berada di mana sahaja termasuklah di hotel penginapan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN