Pemain Kedah Sepakat Menyatakan Sokongan Penuh Kepada Ahmad Bashah

Skuad Helang Merah yang diketuai kapten pasukan, Khairul Helmi Johari bersepakat menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk terus memimpin Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Menurutnya, mereka mahu presiden KFA tidak melayan mana-mana desakan untuk melepaskan jawatan daripada pelbagai pihak.

“Kami mahu Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah terus mengekalkan jawatannya itu dan berharap tidak melayan mana mana pihak yang mendesak beliau melepaskan jawatan.”

“Ingin kami tegaskan, bahawa kami (barisan pemain Kedah) tidak bersetuju dan membantah keras semua cadangan yang mendesak presiden kami meletakkan jawatan,” katanya.

 

Minggu lepas, Gabungan kelab penyokong Kedah mendesak Ahmad Bashah melepaskan jawatan sebagai Presiden KFA selepas berakhirnya final Piala Malaysia berikutan isu jualan tiket dan kegagalan KFA mendapat lesen untuk beraksi di Piala AFC musim depan.

Bagaimanapun majlis eksekutif persatuan yang mengadakan perbincangan selepas itu menolak desakan berkenaan dan mahu Menteri Besar itu terus kekal menerajui KFA.

Khairul Helmi berkata kepada media, sepanjang dua musim memimpin KFA, Ahmad Bashah, terbukti melaksanakan tugasnya dengan profesional.

Menurut beliau, Presiden KFA itu memberi sepenuh kepercayaan kepada pengurus dan jurulatih mengendalikan pasukan sehingga skuad Helang Merah mencapai beberapa kejayaan sekali gus kian disegani.

“Beliau berperanan memastikan pemain berada dalam keadaan baik, hal kebajikan pemain terjaga, pembayaran gaji menepati masa dan mengambil berat kebajikan ibarat seorang ayah terhadap anaknya.

“Disamping itu beliau juga tidak mengambil kesempatan mempolitikkan bola sepak untuk kepentingan mana mana pihak.” jelasnya.

Gambar kredit: Kedah FA

Berhubung dengan dakwaan rasuah, Khairul Helmi berharap orang ramai terutama penyokong tidak membuat tanggapan yang salah kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih melakukan siasatan.

“Biarlah SPRM menjalankan tugas mereka. Dalam kes begini, kita harus berpegang kepada konsep dakwaan iaitu tidak semestinya benar selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Saya harap isu yang melanda pasukan ini dapat ditamatkan segera untuk kepentingan dan kebaikan semua pemain serta seluruh penyokong Kedah yang mahukan kebangkitan di musim depan termasuk di peringkat Asia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN