Liga Super 2018: FMLLP Akan Tentukan Nasib Sarawak & Pulau Pinang Minggu Hadapan

Nasib Sarawak dan Pulau Pinang dalam saingan bola sepak Liga Malaysia pada musim hadapan mungkin berubah. Jika berdasarkan merit, kedua-dua pasukan telah disahkan tersingkir ke saingan 100Plus Liga Premier bagi saingan musim 2018.

Namun demikian perkara itu mungkin berubah pada minggu hadapan, ketika Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) akan mengadakan satu mesyuarat lembaga pengarah bagi menentukan nasib kedua-dua pasukan.

Pulau Pinang

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan jika Sarawak, Pulau Pinang atau pasukan daripada saingan 100Plus Liga Premier berhak untuk mengisi dua slot di dalam saingan Liga Super 2018.

Hal ini terjadi selepas T-Team FC telah digantikan oleh Terengganu FC II (TFC II), dan akan bersaing di saingan 100Plus Liga Premier pada musim hadapan.

Satu lagi kekosongan pula ialah untuk menggantikan Felda United yang dilaporkan gagal memperolehi lesen daripada FAM. Ini menyebabkan pasukan tersebut akan tersingkir ke saingan Liga Premier pada musim hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, pihak mereka mempunyai beberapa pilihan kaedah menentukan 12 pasukan yang akan beraksi dalam kancah Liga Super 2018.

Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Kevin dipetik sebagai berkata seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian:

“Lembaga FMLLP akan bermesyuarat minggu depan untuk melengkapkan status pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana.”

“Satu perkara yang boleh dijamin akan ada 24 pasukan dalam Liga Malaysia termasuk 12 dalam Liga Super. Lembaga mungkin memilih untuk tidak menyingkirkan satu daripada dua pasukan tercorot Liga Super untuk menggantikan T-Team atau menaikkan pangkat pasukan lain dari Liga Perdana.”

Dalam sidang media oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada malam tadi, baginda memberikan bayangan FELDA United tidak akan dibenarkan bermain di saingan elit bola sepak negara berikutan tiada lesen.

Satu perkara yang menarik perhatian ialah bagaimana Sarawak tampil kompetitif dalam saingan Liga Super setelah persatuan tersebut mengumumkan akan menggunakan 100% khidmat pemain tempatan baru-baru ini.

Berkenaan keputusan Sime Darby yang menolak untuk beraksi di saingan 100Plus Liga Premier, FMLLP telah mencadangkan Felcra untuk tampil sebagai pengganti.

Pada peringkat ini, FMLLP masih menunggu pengesahan daripada Felcra berhubung persetujuan untuk beraksi di 100Plus Liga Premier 2018.

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN