Pemain Kedah Makin Serasi Dalam Aksi Pra Musim, Ledak 18 Gol Dan Tidak Bolos

Kedah antara pasukan yang konsisten dalam aksi pramusim ini apabila mudah menewaskan cabaran lawan setakat ini dalam empat siri aksi persahabatan yang berlangsung secara tertutup melibatkan empat pasukan berbeza termasuk dua lawan mereka dari Liga M3.

Terbaharu anak buah kendalian Aidil Sharin mudah mengalahkan Langkawi City FC yang bakal beraksi di Liga M3 musim ini dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Abd Halim dua hari lalu.

Perlawanan tersebut juga menjadi aksi pertama buat import pertahanan baru mereka untuk diuji iaitu Marc Vales  berasal dari Andorra yang dilihat berjaya mempamerkan rentak permainan menyakinkan untuk barisan kejurulatihan.

Dalam aksi tersebut, tiga gol Kedah dijaringkan oleh bintang muda mereka, Afeeq Ikmal pada minit ke-20, Fayadh Zulkifli pada minit ke-55, serta pemain baharu, Al-Hafiz di minit ke-65.

Sebelum itu, Kedah juga telah menghadapi perlawanan pertama mereka dengan jaringan besar sebanyak 9-0 untuk membenam cabaran lawan, MADA FC di Padang MADA pada 24 Januari lalu.

Syafiq Ahmad antara pemain yang paling mencuri tumpuan dalam aksi tersebut apabila berjaya meledak hatrik untuk perlawanan pertama beliau sepanjang aksinya yang kembali sebagai status pinjama bersama Kedah.

Beliau juga menjadi penjaring gol tunggal dalam aksi kemenangan kedua ketika bertemu skuad Piala Presiden Kedah di Stadium UUM, Sintok pada 26 Januari lepas.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Dalam siri seterusnya ketika Kedah bertemu Respect FC yang beraksi di Liga M3, mereka berjaya membenam cabaran pasukan tersebut dengan keputusan 5-0 yang menyaksikan import baharu mereka, Dennis Buschening mempamerkan sentuhan beliau dengan meledak dua gol pada perlawanan tersebut di Stadium UUM, Sintok.

Setakat ini barisan import dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan Aidil Sharin selain barisan pemain tempatan yang berjaya menonjolkan diri terutama dalam kalangan pemain muda.

Seterusnya Kedah bakal memulakan siri jelajah mereka di Klang bagi beberapa aksi siri persahabatan di sana membabitkan beberapa pasukan dari 5 sehingga 9 Februari sebelum kemuncak pra musim mereka dalam aksi empat penjuru di Sabah bermula 10 Februari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN