Pemain Kacukan Malaysia-Australia Sah Sertai Kelantan

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani pemain kacukan Malaysia-Australia, David William Rowley mengharungi saingan Liga Premier 2019.

Rowley yang beraksi di posisi tengah sebelum ini beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan musim lepas telah mengikatkan kontrak bersama skuad The Red Warriors (TRW) untuk tempoh setahun.

Pemain yang berusia 29 tahun itu juga pernah menyarung jersi beberapa pasukan di Liga German antaranya, Tennis Borussia Berlin dan CS Grevenmacher.

Beliau paling menonjol ketika bersama kelab divisyen 5 Jerman, Inter Leipzig apabila menjaringkan 7 gol dalam 26 penampilan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rowley mengakui teruja dapat menabur bakti bersama skuad TRW yang mempunyai banyak sejarah hebat sebelum ini.

Menurutnya, misi utamanya untuk musim ini membantu Kelantan kembali ke saingan Liga Super 2020 nanti.

“Saya akan memberikan aksi terbaik bagi memastikan impian itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Skuad TRW pada musim ini bakal dikendalikan oleh bekas pemain import tersohor Kelantan ketika era bola sepak semi-pro, Marko Kraljevic.

Marko Kraljevic yang sebelum ini merupakan ketua jurulatih kelab bola sepak dalam liga bola sepak Singapura, Balestier Khalsa FC itu dijangka menandatangani kontrak selama 2 musim dengan misi utama membawa pasukan Kelantan FA kembali dalam saingan unifi Liga Super 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN