Jersi Baharu Terengganu FC Berjaya Pikat Penyokong

Kelmarin dan semalam beberapa pasukan Liga Malaysia melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2019. Naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) turut tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan jersi mereka yang dilihat sangat menarik.

Jersi Terengganu FC kali ini menggunakan jenama dari Al (Al-Ikhsan Sports) dan memperkenalkan jersi berwarna putih untuk jersi home (tuan rumah) dan berwarna hitam menawan untuk jersi away (tempat lawan).

Malah, jersi ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana mempunyai nameset “AP Capristo” pada jersi mereka. Nameset ini direka khas buat pasukan TFC oleh penaja rasmi TFC, Adik Print.

Selain itu, jika diteliti dengan lebih dekat pada jersi away Terengganu FC, terdapat jalur hitam yang tertulis “we bleed black and white” sehingga memberi kesukaran kepada pihak lain untuk ‘mencetak rompak’ jersi tersebut.

Ia dianggap sebagai antara jersi yang paling smart untuk musim ini dan menjadi pilihan peminat bola sepak tempatan.

Sementara itu, Terengganu FC pada musim ini menyasarkan untuk menjadi antara tiga pasukan terbaik dalam Liga Super serta mara ke final Piala FA dan Piala Malaysia.

Sasaran itu diletakkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, yang yakin barisan mantap mampu dibentuk jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

“Trofi Piala Presiden perlu dikekalkan TFC III manakala TFC IV diharap dapat menyamai atau membaiki pencapaian naib juara Piala Belia,” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Selain itu, sejumlah RM25 juta diperuntukkan buat PBSNT dengan RM4 juta disumbangkan penaja utama, iaitu Terengganu Incorperated, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC), Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Ladang Rakyat.

Menurut Timbalan Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim, perbelanjaan itu melibatkan lima pasukan utama yang bertanding dalam semua kejohanan tahun ini.

“Kedudukan kewangan PBSNT digunakan dengan hemah dan jumlah itu ialah purata perbelanjaan skuad Liga Super yang lain,” jelasnya dalam Majlis Memperkenalkan Jersi TFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN