Pemain kacukan Jerman-Thai Jadi Sandaran Kedah Hadapi Musim 2022

Kedah antara pasukan yang sangat mencuri tumpuan dalam persiapan musim ini dengan menandatangani ramai muka baharu untuk memperkuatkan pasukan. Terkini, pasukan tersebut berjaya menandatangani pemain import baharu mereka, Dennis Buschening bagi memperkukuhkaan jentera serangan mereka.

Dennis diikat Kedah bagi kuota import Asean mempunyai darah kacukan Thailand-Jerman dan telah disahkan sebentar tadi menerusi laman rasmi pasukan tersebut di Facebook sebagai pemain import ketiga yang bakal menyertai kem latihan yang sudah berlangsung sejak beberapa hari.

“KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu untuk musim 2022, Dennis Buschening dan dengan pengumuman ini, Dennis Buschening akan mengisi slot pemain import kuota Asean untuk pasukan KDA FC.

“Dennis Buschening dilahirkan di Jerman dan memiliki kerakyatan Thailand, memulakan kerjaya bolasepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga German,” jelas kenyataan tersebut.

Nama Buschening bukan lagi suatu yang asing dalam Liga Malaysia (Liga-M), apabila pemain serangan ini sudah beraksi sejak tahun 2020 bersama Sabah sebelum menyertai UiTM FC pada tahun 2021 untuk mengetuai serangan pasukan tersebut.

Pada awal karier, Buschening mula beraksi bersama skuad bawah 17 (B-17) Jerman pada tahun 2006 sebelum beliau menyertai skuad remaja Borrusiaa Dortmund pada tahun 2007 hingga tahun 2008.

Beliau mula mencipta impak besar sebagai pemain bola sepak apabila menyertai pasukan handalan dari Thailand, Buriram United pada tahun 2013 untuk membantu kelab tersebut melangkah ke perlawanan Suku Akhir AFC Champions League.

Aksi Dennis ketika mewakili UiTM FC menentang Kedah musim lalu mula mencuri tumpuan apabila aksi beliau berjaya menyukarkan pertahanan lawan untuk mengekang selain cemerlang mengemudi barisan pemain yang lebih muda dalam perlawanan tersebut.

Setakat ini Kedah telah mengikat tiga pemain import dalam memperkasakan skuad tersebut untuk beraksi pada perlawanan musim 2022 termasuk misi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Antara pemain yang dijangka memberi impak bersama Kedah musim ini seperti Dechi Marcel, Syafiq Ahmad, dan Khairu Azrin dilihat mampu memberi cabaran besar buat mana-mana pasukan. Kedah juga bakal sibuk pada musim ini untuk beraksi di pentas AFC setelah musim lalu dibatalkan akibat Covid-19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN