Pemain Indonesia Masih Optimis Untuk Piala Asia Walau Teruk ‘Dibelasah’ Pada Aksi Persahabatan

Indonesia tampaknya tidak bermula dengan baik sebelum saingan Piala Asia 2023 bermula selepas mereka merekodkan tiga kekalahan berturut-turut pada aksi persahabatan lalu.

Terbaharu, Indonesia merekodkan kekalahan besar 0-5 di tangan salah satu gergasi Asia iaitu Iran walaupun pasukan lawan beraksi dengan serba kekurangan.

Menerusi catatan tiga aksi persahabatan terakhir Indonesia, pasukan tersebut sudah pun dibolosi sebanyak 11 jaringan dan hanya mampu meledak satu gol sahaja.

Daripada segi prestasi, rata-rata peminat Indonesia kurang berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pertahanan mereka walaupun dibarisi ramai pemain bintang berpengalaman.

Kelibat Jordi Amat, Elkan Baggott, Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam, dan ramai lagi pemain bintang lain gagal untuk menampilkan kualiti permainan berkesan dengan kesilapan demi kesilapan sering dilakukan mereka.

Malah untuk aksi terbaharu menentang Iran, jurulatih Indonesia iaitu Shin Tae-yong mengakui tiga gol dibolosi mereka pada aksi tersebut berpunca daripada kesilapan pemain sendiri.

“Memang pasukan kita ada buat kesilapan di posisi pertahanan dan tiga gol terhasil daripada pasukan lawan berpunca daripada kesalahan kita sendiri,” jelas Shin menerusi petikan daripada laman Timnas Indonesia.

Walaupun begitu, pertahanan Sang Garuda iaitu Baggott masih lagi optimis akan Indonesia untuk menghadapi saingan Piala Asia 2023 tidak lama lagi.

“Tentu sahaja kami masih optimis akan persiapan pasukan. Kami tak lihat pada hasil perlawanan dilalui sebelum itu tetapi sedia mempraktikkan apa sudah kami lakukan pada sesi latihan untuk hadapi aksi pertama nanti.

“Jadi seluruh ahli pasukan masih optimis ketika ini dan masing-masing akan saling berusaha untuk menghadapi aksi pertama yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi,” jelas Baggott menerusi Bola.com.

Secara keseluruhan, Indonesia dilihat bakal menghadapi aksi sukar pada saingan tersebut jika dilihat pada reputasi dimiliki bakal pasukan lawan mereka sangat tinggi di pentas antarabangsa.

Indonesia telah diletakkan bersama gergasi bola sepak Asia iaitu Jepun, Iraq, serta Vietnam bagi Kumpulan D dalam misi mereka untuk cuba melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.

Pastinya Shin mempunyai banyak kerja untuk dilakukan kini kerana pasukan tersebut bakal menghadapi Iraq pada 15 Januari ini yang dianggap antara pasukan tumpuan untuk kejohanan besar tersebut.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN