Cerita mengenai saingan pra-musim di Malaysia, para penyokong pastinya tidak sabar untuk melihat kelibat-kelibat pemain import baharu dibawa masuk oleh pasukan masing-masing.
Antara yang menjadi tumpuan mereka sudah tentu mengenai kualiti import tersebut dan kadangkala dibandingkan seperti aksi pemain berkelas dunia luar negara yang lain kerana rasa teruja.
Walaupun begitu, ada juga segelintir penyokong melihat sisi lain kepada pemain import baharu seperti para rupa yang disamakan dengan bintang dunia lain atau seiras selebriti.
Welcome Domagoj Pusic 🏴🏳️#TerengganuFC pic.twitter.com/QaUIMjRs4B
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
Terbaharu, import tengah Terengganu musim ini iaitu Domagoj Pusic secara tiba-tiba menjadi fenomena di negeri tersebut selepas ramai para penyokong Sang Penyu menyamakan wajah beliau seakan tonggak serangan Perancis, Karim Benzema.
Pusic yang menyertai Terengganu musim ini bawah kendalian Tomislav Steinbruckner mengakui dirinya terhibur ketika disamakan wajah beliau seperti bintang Eropah tersebut dalam kalangan penyokong.
Pemain kelahiran Croatia itu mengakui sebelum itu beberapa orang di negaranya pernah mengatakan perkara sedemikian.
Tetapi Pusic tidak menjangkakan para penyokong Terengganu mengatakan perkara tersebut dan menerima sambutan yang sangat hangat.
Selamat Datang Domagoj Pusic! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/Ryshe0dMrX
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
“Sebenarnya di negara saya, hanya beberapa orang sahaja yang mengatakan wajah saya mirip dengan penyerang terbaik Perancis dan Real Madrid itu.
“Tapi apabila saya menjejak kaki di bumi Terengganu, saya tidak menyangka ramai peminat setia di sini memaklumkan wajah saya mirip dengan pemain antarabangsa itu, ia melucukan hati saya.
“Sejujurnya secara peribadi wajah saya tidak nampak sangat kesamaannya dengan Benzema, kecuali janggut dan potongan rambut, tapi saya tidak kisah jika peminat di sini samakan saya dengan dia.
“Lagipun saya begitu sukakan corak permainannya (Benzema) kerana dia antara penyerang terbaik dunia yang saya percaya mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri termasuk saya.
“Jika boleh saya mahu beraksi seperti Benzema, lagipun dia juga idola saya, tapi saya sedar ia sukar kerana posisi kami berbeza, saya beraksi di bahagian tengah manakala dia penyerang.
“Namun walaupun beraksi di posisi perancang, sedaya upaya saya mahu membantu TFC menjaringkan seberapa banyak gol musim ini, lagipun skuad kami bakal bermain dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) selain Liga Malaysia (Liga M),” katanya menerusi Harian Metro.
Lethal in front of goal… @Benzema!! 🙌#RCDMallorcaRealMadrid#LaLigaSantander #LaLigaHighlights pic.twitter.com/TGrxs0igsP
— LALIGA English (@LaLigaEN) February 4, 2023
Pada masa sama, Pusic juga menyuarakan hasrat untuk menjadi antara pemain tengah terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini bersama Terengganu.