Baru Sahaja Sertai Newcastle, Anthony Gordon Kini Mungkin Akan Ke Penjara

Bintang Newcastle United, Anthony Gordon berpotensi untuk ke penjara selepas beliau didapati masih memandu walau sedang berdepan hukuman penggantungan.

Anthony Gordon menyertai Newcastle United pada jendela perpindahan Januari ini dari Everton dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta.

Para penyokong Everton jelas sekali sangat terkesan dengan perpindahan bintang berusia 21 tahun itu kerana mereka mahu Gordon terus bersama kelab untuk tempoh beberapa musim ke hadapan lagi.

Walau bagaimanapun, baru satu musim pamer aksi cemerlang di Goodison Park, Gordon sudah disambar oleh Newcastle United.

Kerana itulah peminat agak terkilan dan sangat sedih dengan pemergian pemain dari akademi kelab itu.

Namun begitu, Gordon kini berpotensi untuk dipenjarakan selepas beliau dilihat masih memandu walau sedang berdepan hukuman penggantungan.

Gordon baru-baru ini dilihat sedang memandu kereta Mercedes G Wagon miliknya yang dianggarkan bernilai £100,000 itu.

Pemain sayap itu sebenarnya sebelum ini telah pun dijatuhi hukuman penggantungan selama enam bulan kerana beliau dua kali gagal untuk mengemukakan dokumen pemandu kereta miliknya.

Rabu lalu, menurut sumber dari pelbagai media di UK, Gordon dilihat sedang memandu bersama kekasihnya, Annie Keating dengan mereka pergi ke Hilton Hotel di Gateshead town centre.

Menurut undang-undang di UK, sesiapa sahaja yang melanggar peraturan tersebut, mereka sebenarnya berpotensi untuk berdepan hukuman penjara selama enam bulan.

Seandainya beliau benar-benar akan berdepan hukuman penjara, ia merupakan permulaan kehidupan yang sangat malang untuk Gordon bersama Newcastle United.

Tahun lalu, lesen memandu Gordon telah digantung kerana beliau melanggar kesalahan melibatkan kelajuan dan meletakkan kereta di tempat yang tak sepatutnya.

Pada awal minggu baru-baru ini, Gordon dilihat tidak lagi memandu dengan beliau ke pusat latihan dengan dihantar oleh kekasihnya.

Pihak polis sementara itu masih menyiasat kes tersebut kerana mereka hanya melihat Gordon memandu berdasarkan gambar yang ditangkap oleh peminat.

Memandangkan bukan pihak polis sendiri yang menahan Gordon sedang memandu, maka agak sukar untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap bintang baru Newcastle United itu.

Gordon sudah melakukan debutnya bersama Newcastle ketika beraksi bertemu West Ham United dalam aksi saingan Premier League.

Newcastle berjaya mendahului perlawanan menerusi Callum Wilson, namun West Ham cemerlang bangkit menyamakan kedudukan menerusi Lucas Paqueta.

Eddie Howe memasukkan Gordon untuk menggantikan Allan Saint-Maximin pada minit ke-69 permainan, namun bekas bintang Everton itu gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

The Magpies terpaksa akur sekadar seri 1-1 bertemu West Ham, dan keputusan itu menyebabkan mereka turun ke kedudukan keempat dalam carta saingan liga selepas dipintas oleh Man United yang menewaskan Crystal Palace malam semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN