Gaya Permainan Atau Keputusan Positif Lebih Penting Untuk Penyokong Malaysia?

Kebanyakan penyokong atau peminat yang menonton perlawanan bola sepak sama ada secara langsung di stadium atau di rumah, majoritinya ingin melihat keputusan akhir kerana ia lebih penting.

Selain itu, perkara tersebut merupakan kepuasan terutama kepada para penyokong fanatik yang hadir ke stadium untuk merasai sendiri suasana itu di hadapan mata sendiri.

Menjadi persoalannya, ialah gaya permainan paling penting atau keputusan harus diutamakan dalam kalangan para penyokong tempatan?

Atau, adakah sebenarnya kita perlukan kedua-duanya iaitu corak permainan yang menarik dan keputusan perlawanan yang memihak kepada pasukan kita?

Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai permainan sesebuah pasukan, suka untuk diingatkan bagi kita mengetahui di mana tahap Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini. Gaya permainan yang suka bermain hantaran jauh setiap masa seperti sudah menjadi DNA di liga kita.

Berbalik kepada topik utama, gaya permainan atau keputusan. Jika kita melihat English Premier League (EPL), rata-rata peminat begitu terhibur dengan permainan pantas dari setiap pasukan yang bersaing sehingga ada yang memintak agar pasukan kita mampu bermain seperti mereka.

Di Liga Malaysia, ada beberapa pasukan yang dilihat mempunyai corak permainan yang menarik seperti Selangor di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe, Terengganu ketika dibimbing oleh Nafuzi Zain dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pasukan lain cuba mengikutinya, namun disebabkan keputusan kurang baik ketika bermain cantik, sebaliknya kemenangan hadir disaat bermain corak hantara jauh yakni setiap kali dapat bola terus hantar ke depan. Mungkin atas faktor ini, taktikal sedemikian terus digunakan.

Topik ini sering dibicarakan oleh peminat di mana kita ingin melihat pasukan dalam Malaysia dapat bermain dengan gaya permainan lebih kemas serta taktikal yang menarik dan bukan bermain hantaran jauh tanpa arah.

Ini menyebabkan pasukan dari Malaysia agak sukar untuk bersaing dengan pasukan elit dari Asia.

Jikalau itu impian peminat, ia bukan hadir dengan jangka masa singkat kerana untuk membentuk permainan kemas dari semua bahagian, ia memerlukan masa dan paling penting adalah DNA seperti itu harus selari dengan peringkat umur sehingga pasukan senior.

Sudah bersediakah jurulatih di Malaysia untuk mengubah tradisi permainan ke arah lebih baik?

Satu ketika dahulu, perkara ini cuba diterapkan oleh Datuk Lim Teong Kim ketika bersama Akademik Mokhtar Dahari (AMD), namun ada segelintir yang menentangnya. Hasilnya, hantaran jauh menjadi pilihan.

Sesiapa yang menonton Piala Menteri Wilayah Persekutuan antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Perak,  permainan The Bos Gaurus lebih baik meskipun tewas 0-3 kepada lawan mereka itu.

 

Dari gaya permainan yang diterapkan oleh bekas pengendali skuad muda Bayern Munich ini kepada pasukan, ia nampak proses serta menarik untuk di tonton dalam saingan liga nanti.

Dengan majoritinya adalah pemain muda tetapi dapat bermain dengan baik serta penguasaan bola yang tinggi ketika menentang pasukan elit di Liga Super, satu permulaan baik.

Namun jika tiada keputusan positif yang dicatatkan, pasti akan menimbulkan amarah penyokong. Malah LTK sendiri mengakui kemenangan juga penting dan tiada guna jika hanya bermain cantik sahaja.

Kita harus realistik, peminat di Malaysia kebanyakan ingin keputusan pantas tanpa mereka peduli bagaimana untuk dapatkannya. Bagi sesetengah peminat, hanya kemenangan sahaja diinginkan. Jika gagal, maka laungan pecat atau tukar jurulatih akan menjadi laungan peminat.

Kita sering membandingkan gaya permainan pasukan terbaik dunia dengan pasukan di Malaysia namun satu perkara yang sering kita terlepas adalah pemain mereka telah di didik dari awal untuk bermain sedemikian.

Maka dari peringkat umur, mereka sudah terbiasa bermain hantaran pendek dan kualiti hantaran tepat kepada rakan. Asas permainan telah mereka kuasai.

Tambahan pula, setiap pasukan mempunyai akademik lengkap dari peringkat umur lagi. Ini kesalahan terbesar kelab di Liga Malaysia kerana tiada pasukan seperti itu.

Kadangkala pemain itu sendiri sedikit pening kerana taktikal dan falsalah yang diterapkan begitu berbeza.

Paling ketara adalah asas dalam bola sepak itu sendiri kurang baik termasuk pemain senior. Kita sering utamakan corak permainan dari awal sehingga terlepas elemen penting ini.

Jadi, adakah relevan jika peminat inginkan pasukan mereka bermain cantik dan keputusan juga positif?

Adakah peminat sanggup untuk sentiasa bersama pasukan yang sedang membina kembali kekuatan dan mengambil sedikit masa untuk menuai hasilnya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN