Masih ingat lagi ketika Harry Redknapp melarang Robbie Keane meraikan gol gaya berguling beliau kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan.
Ada pengurus melarang pemain mereka meraikan gol dengan gaya yang berisiko. Dalam perlawanan Bundesliga di antara Hambur dan Augsburg semalam bintang Hamburg, Nicolai Muller tercedera selepas meraikan gol.
Beliau dijangka akan berehat kira-kira 7 bulan selepaskan disahkan ACL.
Muller menjaringkan gol cantik pada minit ke-7 menerusi voli cantik. Beliau berlari ke ara sudut gelanggang dan meraikan gol dengan gaya penari balet.
Selepas beberapa pusingan, beliau melompat untuk melakukan ‘landing’. Muller terus memengang lututnya yang kesakitan.
Walaubagaimanapun, jaringan tunggal Muller itu adalah gol kemenangan untuk Hamburg.
Pengarah Sukan Hamburg, Jen Todt menganggap ia satu tamparan hebat untuk kelab yang kehilangan pemain penting mereka.
Todt berharap agar Muller menjalani proses pemulihan dengan lancar selepas ini.
Pesanan kami kepada anda, berhati-hatilah ketika meraikan gol. Paling selamat tiru gaya Alan Shearer.
Semoga cepat sembuh Nicolai Muller!