Jose Mourinho Mahu Manchester United Kalah Selepas Menang 2 Perlawanan Awal

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho jelas gembira dengan cara skuad kendaliannya memulakan musim 2017/18 dengan 2 kemenangan dengan jaringan yang besar.

Di sebalik kegembiraan anak buahnya meraikan permulaan cemerlang selepas menewaskan West Ham dan Swansea masing-masing dengan jaringan 4-0, Mourinho mahu melihat sisi lain yang ada pada anak buahnya.

Bagaimana untuk menangani keperitan jika mengalami kekalahan!

Walaupun berpuas hati dengan apa yang anak buahnya capai setakat ini, Mourinho mahukan lebih karakter daripada pasukannya terutama jika ketinggalan atau pun untuk bangkit selepas mengalami kekalahan.

(Photo by Athena Pictures/Getty Images)

Jose Mourinho berkata:

“Apa yang saya mahu mereka alami sekarang ialah kekalahan. Ini adalah supaya saya boleh melihat reaksi dan emosi mereka sebagai sebuah pasukan.”

“Buat masa sekarang, segalanya yang kami lakukan tampak menjadi dan keputusan memihak kepada kami. Tetapi sepanjang laluan ini, ia tidak akan sentiasa sedemikian rupa.”

“Akan ada perjalanan yang sukar, laluan yang mempunyai sekatan, dan saya mahu memastikan pasukan ini turut bersedia untuk cabaran-cabaran tersebut.”

“Setakat ini kesulitan tersebut belum lagi berlaku. Tetapi saya juga mahu melihat bagaimanakah keadaannya jika kami ketinggalan. Ia adalah cabaran yang berbeza dan saya mahu tahu bagaimana pemain memberi respon untuk mengubah keputusan.”

“Kita akan perhatikan bagaimana pasukan ini berhadapan dengan situasi yang sukar, terutama ketika mengejar jaringan minit akhir untuk tujuan kemenangan.”

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Jose Mourinho turut mengingatkan akan kedudukan akhir pasukannya pada musim lalu, dan enggan kemenangan awal ini membuatkan pemain-pemainnya terlampau yakin dan selesa.

“Sudah pasti saya gembira dengan cara kita memulakan kempen pada musim ini. Kualiti permainan yang ditunjukkan oleh pemain turut membuatkan saya sangat yakin.”

“Tetapi kita jangan lupa. Musim lalu kita juga bermula dengan baik, menang 2 perlawanan awal, namun masih menamatkan saingan di kedudukan ke-6.”

“Ini bukan pelajaran untuk kami. Ini sememangnya realiti di dalam sukan bola sepak. 2 kemenangan tidak menjanjikan anda kepastian untuk berjaya.”

“Begitu juga 2 kekalahan tidak bermakna dunia ini akan kiamat!”Jelas pengurus berbangsa Portugal itu kepada media selesai perlawanan menentang Swansea semalam.

Manchester United tampil di awal musim ini dengan penuh bergaya dengan 2 kemenangan besar, masing-masing di halaman sendiri dan juga di tempat lawan.

Pemain baharu yang dibawa masuk oleh Jose Mourinho pada musim panas ini, Romelu Lukaku dan juga Nemanja Matic sudah pun menunjukkan mengapa mereka diperlukan oleh pengendali dari Portugal tersebut pada musim ini.

(Photo credit should read GEOFF CADDICK/AFP/Getty Images)

Kedua-duanya pantas mendapat kepercayaan Mourinho untuk diturunkan ke dalam kesebelasan utama berbanding dengan satu lagi nama baru di dalam skuad United, Victor Lindelof.

Pemain pertahanan, Lindelof adalah pemain pertama yang dibawa masuk oleh Jose Mourinho pada jendela perpindahan musim panas ini dengan nilai £31 juta daripada Benfica.

Berbanding dengan Lukaku dan Matic yang sudah biasa dengan saingan di EPL, Jose Mourinho berpendapat Lindelof perlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di England.

Mourinho turut pernah merehatkan Henrikh Mkhitaryan untuk beberapa ketika pada musim lalu, dan akhirnya pemain tengah dari Armenia itu menjadi aset penting Manchester United sehingga ke hari ini.

Sumber:

1. ESPN FC (2017): Jose Mourinho wants to see how Man United react from losing position; http://www.espnfc.co.uk/manchester-united/story/3184382/jose-mourinho-wants-to-see-how-man-united-react-from-losing-position

2. Mark Crellin, Sky Sport (2017): Jose Mourinho wants to see how Manchester United handle adversity; http://www.skysports.com/football/news/11667/10997392/mourinho-wants-utd-to-be-losing

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN