Rafael Mahu Duit Gajinya Disalurkan Kepada Badan Kebajikan Setiap Kali Tercedera

Siapa masih lagi ingat dengan Rafael?

Pemain ini bersama kembarnya, Fabio di bawa oleh Sir Alex Ferguson dari Fluminense ke Manchester United pada 2008.

Namun Rafael disingkirkan dari Manchester United ketika era Louis Van Gaal pada 2015.

Selepas disingkirkan Van Gaal, Rafael membawa diri ke Perancis dengan menyertai Olympique Lyonnais.

Tidak mahu ambil gaji

Rafael mempunyai satu sikap yang tidak ramai pemain bola sepak ada.

Rafael meminta agar gajinya tidak dikira jika beliau mengalami kecederaan.

Tidak lama selepas tiba di Olympique Lyonnais, Rafael terus terlibat dengan kecederaan apabila menerima kecederaan di bahagian hamstring.

Rafael tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir. Beliau terus berjumpa dengan ahli lembaga pengarah Olympique Lyonnais memohon agar tidak dibayar gaji.

Beliau mahu gajinya tidak dibayar oleh kelab sekiranya beliau tidak bermain kerana cedera. Dan hanya meminta kelab untuk membayar gajinya selepas beliau cergas sepenuhnya untuk beraksi.

Namun, tindakan Rafael itu tidak disenangi oleh pihak kelab.

Hal ini kerana jika mereka tidak membayar gaji Rafael, ia adalah satu tindakan yang tidak salah dan haram bagi mereka.

Mereka berpendapat tindakan itu akan mencabuli hak Rafael sebagai pekerja dia Olympique Lyonnais.

Rafael Da Silva

Derma wang kepada kebajikan

Untuk mengatasi percanggahan tersebut, ahli lembaga pengarah Olympique Lyonnais telah mengesyorkan kepada Rafael agar mendermakan semua gajinya kepada badan kebajian kelab iaitu Yayasan Olympique Lyonnais (OL Fondation).

Cadangan itu diterima baik oleh Rafael lalu gajinya didermakan kepada OL Fondation sepanjang beliau terlibat dengan kecederaan.

Gajinya itu akan disumbangkan sebagai dana untuk OL Fondation membeli robot yang boleh membolehkan kanak-kanak di yayasan tersebut bercakap dengan para pemain Olympique Lyonnais pada hari perlawanan.

Robot itu membolehkan kanak-kanak tersebut berhubung dengan pemain kesayangan mereka sama ada ketika berada di tepi padang atau pun berada di dalam bilik persalinan.

Robot tersebut akan bergerak ke serata stadium. Dengan ini, kanak-kanak tersebut akan merasa seolah-olah berada di stadium!

Rafael ternyata gembira dengan apa yang beliau lakukan kini.

“Saya suka bermain bola sepak. Dan saya suka dibayar kerana bermain bola sepak.”

“Tetapi jika saya tidak bermain, saya lebih suka melihat kanak-kanak gembira hasil apa yang saya lakukan. Ia baik untuk mereka dan baik untuk saya juga.”

Rafael hanya mampu bermain sebanyak 18 perlawanan Ligue 1 sahaja untuk Olympique Lyonnais sebelum beliau mengalami kecederaan.

Baca juga: OGC Nice Keluarkan Jersi Khas, Tribute Kepada 85 Mangsa Serangan Paris

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN