Pemain Digesa Membuat Laporan Ke PFAM Jika Ada Masalah Tunggakan Gaji

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Professional Malaysia (PFAM), Izham Ismail menyeru semua pemain tempatan tampil membuat laporan kepada PFAM sekiranya mempunyai masalah tunggakan gaji dengan pasukan masing-masing.

Melalui kenyataan di laman facebook rasmi PFAM, Izham mengesakan semua pemain segera membuat laporan supaya masalah itu boleh diselesaikan tanpa menunggu pada waktu yang lama.

“Gaji merupakan hak pemain dan tindakan pasukan yang tidak membayar gaji adalah merupakan suatu pencabulan hak yang tidak boleh ditoleransi.

“Pemain yang terkesan harus bertindak segera agar tidak terus ditindas.

“Kami menggesa agar pemain membuat laporan segera bagi mengelakkan permasalahan ini berlanjutan dalam tempoh yang lebih lama.

“Sedarlah, sehari berlaku kelewatan, adalah merupakan sebuah keadilan yang tertangguh. Kami di PFAM sedia membantu,” kata kenyataan itu.

Isu tunggakan gaji terus membelenggu kebanyakan pasukan dalam Liga Malaysia yang masih bergantung pada dana kerajaan negeri.

Baru-baru ini pemain Melaka United mendakwa masih tidak menerima bayaran gaji sehingga 3 bulan selepas perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beberapa pasukan negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Perlis turut berdepan masalah sama apabila kerajaan negeri masing-masing tidak memberi bantuan atau mendapat peruntukan yang tidak mencukupi.

Malah, masalah pembayaran gaji ini turut menarik perhatian bekas jurulatih yang berpengalaman yang pernah menjuarai Piala Malaysia.

“Masalahnya sekarang setiap pasukan cuba mengikut JDT, membayar gaji pemain terlalu mahal sedangkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan seperti kelab itu. Jadi, eloklah ikut kata orang-orang tua, ‘ukur baju di badan sendiri’,” ujar bekas pemain yang pernah menjadi jurulatih Terengganu dan Melaka itu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN