Pemain Dari Jepun Kemudi Jentera Tengah Pasukan PDRM

Bekas kapten pasukan Kanagawa University, Shunsuke Nakatake yang telah bermain untuk pasukan Liga Perdana, Kuantan FA bagi musim 2016 dan 2017 sah sertai pasukan PDRM untuk musim 2018.

Nakatake yang juga bekas pemain remaja Sendai FC, pernah menyertai pasukan S.League, Hougang United.

Beliau telah menandatangani kontrak dengan The Cops selama setahun bagi memperkasakan jentera tengah pasukan itu.

Nakatake (tengah) sah menjadi milik PDRM musim depan bersama jurulatih Zulhamizan (kanan). – Foto Asrol Awang/Berita Harian

Pemain tengah berusia 27 tahun ini, keluar dari Jepun untuk membina karier bola sepaknya sejak 5 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Kanagawa University.

Beliau telah memilih Singapura sebagai destinasi pertama, namun gagal mendapat tempat dalam pasukan S.League.

Setelah mencuba nasib, akhirnya Nakatake berjaya menyertai pasukan Eunos Cresent FC, sebuah pasukan amatur yang bersaing dalam National League Football di Singapura.

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Eunos Cresent FC, beliau ditawarkan tempat bersama Hougang United pada musim 2014. 33 penapilan bersama Hougang United pada musim pertama dan menjaringkan 1 gol. Pada musim 2015, beliau merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan oleh pengurusan pasukan Hougang United.

Kuantan FA merupakan kelab ketiga Nakatake dalam karier diluar Jepun, dan menyimpan harapan untuk memberikan aksi terbaik dalam Liga Malaysia musim 2018 nanti.

Jurulatih PDRM, Zulhamizan Zakaria bercakap kepada berita harian, pengalaman yang dimiliki pemain kelahiran Hokkaido itu ketika bersama The Seagulls selama dua musim sejak 2016 diyakini mampu memberi kekuatan kepada pasukan.

Beliau juga sedang berusaha mendapatkan dua lagi pemain import, seorang penyerang dan seorang pemain tengah.

“Saya harap dengan melengkapkan empat pemain import, The Cops akan lebih bertenaga bersama 21 pemain tempatan dalam meraih kejayaan bermakna pada musim 2018.”

Baru-baru ini, The Cops mengesahkan pemain import dari Mali, Souleymane Konate kekal bersama pasukan itu dalam mengukuhkan jentera pertahanan.

Khidmat pertahanan berusia 28 itu yang menyertai The Cops sejak 2016 tetap ditagih dalam usaha mengukuhkan kubu skuad itu ketika kontrak tiga pemain import lain tidak dilanjutkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN