CIES: 5 Pemain Bawah 21 Paling Bernilai Di Eropah

CIES Football Observatory adalah sebuah unit yang berada di bawah naungan Badan Kajian Antarabangsa untuk Sukan (CIES) dan merupakan satu badan bebas untuk tujuan kajian pelbagai jenis lapangan sukan berpengkalan di Neuchatel, Switzerland.

Untuk CIES Football Observatory, badan ini ditubuhkan khas untuk memberi kepakaran menganalisis data dan statistik di dalam sukan bola sepak. Badan ini telah ditubuhkan oleh Dr. Raffaele Poli dan Dr. Loic Ravenel pada 2005.

Baru-baru ini CIES Football Observatory telah mengadakan satu kajian mengenai nilai terkini pemain muda berusia kurang dari 21 tahun yang beraksi di 5 liga utama di Eropah.

Kita ikuti hasil kajian CIES Football Observatory seperti di bawah:

1. Kylian Mbappe (Paris St Germain-Perancis)

Menerusi tinjauan ini, pemain muda sandaran Paris St Germain (PSG) dan bakal membawa cabaran skuad Perancis dalam kempen Piala Dunia 2018, Kylian Mbappe disenaraikan sebagai pemain muda paling bernilai di Eropah.

Pemain yang dipinjam dari Monaco ini baru sahaja berusia 18 tahun dan dikatakan bakal menyerlajhsamada di kejuaraan peringkat Eropah mahupun di liga domestik.

Di usia yang sangat muda , Mbappe dilihat antara prospek yang pantas mencuri tumpuan ketika ini.  Sebelum ini, Mbappe telah membuat penampilan terlebih dahulu bersama Monaco dalam UEFA Champios League (UCL) pada musim lalu, di mana beliau telah menjaringkan 6 gol hasil dari 10 penampilan pada musim lalu.

Musim ini ketika bersama PSG, beliau melakar rekod baharu selepas muncul antara pemain muda yang banyak menghasilkan gol di pentas kejuaraan Eropah.

Satu gol di separuh masa kedua dalam perlawanan menentang Bayern Munich di Allianz Arena baru-baru ini sudah cukup membuatkan pemain ini mendahului senarai penjaring dengan jumlah 10 gol berbanding Eden Hazard, Harry Kane dan Raheem Sterling.

Untuk rekod, Lionel Messi, Raul Gonzalez dan Wayne Rooney pernah menjaringkan 10 gol ketika permulaan karier di pentas kejuaraan Eropah.

Namun Mbappe dilihat sedikit istimewa kerana baru berusia 18 tahun berbanding Messi, Raul dan Rooney ketika itu berusia 21 dan 22 tahun.

Reputasi yang beliau menjadikan  Mbappe sebagai pemain paling bernilai. Berdasarkan statistik, nilai perpindahannya kini bernilai £161 juta.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

2. Dele Alli (Tottenham Hotspurs-England)

Dalam pada itu, 3 pemain muda yang beraksi di kancah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) turut berada dalam senarai CIES.

Pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli berada di tangga kedua dengan nilai £158.5. Berusia 21 tahun, pemain ini bakal menjadi sandaran skuad kendalian Gareth Southgate dalam menghadapi kempen Piala Dunia di Rusia pada tahun hadapan.

Produk kelab bola sepak Milton Keynes Don ini mula menyertai Spurs pada musim 2015. Sehingga kini Alli telah membuat 84 penampilan di EPL. Beraksi di UCL bersama Spurs turut mempengaruhi nilai pemain ini.

Melalui 3 penampilan dalam perlawanan peringkat kumpulan baru-baru ini, beliau turut menyumbang 2 gol seterusnya membantu pasukannya muncul sebagai juara kumpulan H.

Bukan itu sahaja, beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik ketika menundukkan Real Madrid pada November lalu hasil daripada 2 gol yang disumbangkannya.

Manakala dalam saingan domestik, beliau hanya terlepas satu perlawanan. Namun melalui 14 penampilannya setakat ini, beliau telah berjaya menghasilkan 3 gol dan menyumbang 2 bantuan gol.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

3. Leroy Sane (Manchester City-Jerman)

Tempat ketiga jatuh kepada seorang lagi pemain yang membawa impak yang besar kepada Manchester City musim ini. Leroy Sane yang bernilai £109.6 juta, mula mencuri tumpuan sejak bersama Schalke di Bundesliga.

Leroy membawa inspirasi bapanya yang turut pernah mewarnai kancah saingan  bola sepak di Jerman iaitu Souleyman Sane sekitar tahun 90an.

Malah ibunya turut mencuri tumpuan dunia ketika temasya sukan Olimpik 1984 selepas memenangi pingat gangsa untuk Senegal dalam acara gimnastik berirama.

Pemain berusia 21 tahun ini berada dalam skuad Jerman Bawah 19 dan 21. Pengalamannya ketika bersama skuad muda Jerman membuka mata Joachim Low untuk menyenaraikannya bersama skuad senior bagi menghadapi kempen Euro 2016.

Meskipun hanya didedahkan dengan minit permainan yang singkat, pengalaman beraksi dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman adalah pelaburan yang kini mulai membuahkan hasil.

Pendapatan bersama Manchester City dilaporkan sekitar £60,000 seminggu. Musim hadapan berbekalkan reputasi dan prestasi terkini jumlah tersebut berpotensi meningkatkan sehingga £80,000 seminggu.

(Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

4. Marcus Rashford (Manchester United-England)

Seorang lagi wakil England, Marcus Rashford berjaya menempatkan diri sebagai antara pemain paling bernilai di liga utama Eropah. Penyerang Manchester United, Marcus Rashford kini dinilai pada harga £102.8 juta oleh CIES.

Rashford terlibat dalam semua perlawanan di dalam saingan EPL dan UCL setakat ini, menghasilkan 6 gol dalam kedua-dua peringkat pertandingan. Ini menjadikan Rashford sebagai pemain yang sering mendapat kepercayaan Jose Mourinho.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan UCL pada 5 Disember lalu adalah antara yang paling bermakna buat produk akademi Manchester United ini. Rashford telah terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan ketika bertemu CSKA Moscow.

Memetik kata-kata oleh lagenda Liverpool, Steven Gerrard, ” Bila anda berada di kawasan tepi padang dan berada dalam situasi satu lawan satu, anda akan ditewaskan melalui lariannya”.

Demikian kelebihan yang dimiliki oleh pemain ini. Rashford memiliki kelincahan beraksi di bahagian sayap, dan turut berbisa ketika berada di dalam kotak penalti lawan. Kualiti yang dimiliki menjadikan nilai yang ada padanya semakin meningkat.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

5. Ousmane Dembele (Barcelona-Perancis)

Wakil dari La Liga turut tersenarai dalam senarai 5 pemain muda paling bernilai apabila pemain Barcelona, Ousmane Dembele dinilai pada tanda harga £106 juta.

Dembele mungkin tidak mempunyai reputasi sehebat pemain lain. Namun ketibaannya di Barcelona menjelaskan kualiti yang dimilikinya.

Sehingga kini, Dembele jelas masih perlu bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman di Nou Camp dan bergelut untuk mengatasi kecederaan yang dialami.

Sejak berpindah ke Nou Camp, Dembe hanya tampil 2 kali dalam saingan La Liga dan belum lagi berpeluang mencetak nama sebagai penjaring musim ini.

Menurut sport-english.com, kecederaan yang agak lama menyaksikan nilai pemain ini sedikit menurun sehingga 13%, Namun selepas berehat hampir 3 bulan, beliau kini telah mulai kembali menyertai kem latihan pasukan dan bersedia diturunkan selepas ini.

(Photo by Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Rumusan

Paris Saint-Germain, Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspur, dan Barcelona, masing-masing telah melayakkan diri ke pusingan kalah mati pertandingan UCL.

Kemunculan pemain-pemain ini dalam membantu pasukan masing-masing di pertandingan eropah pasti kita nanti-nantikan. Sejauh manakah impak kehadiran mereka?

Begitu juga dengan kejohanan Piala Dunia pada tahun hadapan. Mampukah kelima-lima pemain ini menyerlah sesuai dengan reputasi dan nilai masing-masing?

Apa pendapat anda? Mampukah 5 pemain ini mendominasi dunia bola sepak pada masa akan datang? Kongsikan bersama kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN