Pemain Colombia Terima Mesej Ugutan Bunuh Daripada Penyokong Sendiri

Akibat gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi Piala Dunia menentang England baru-baru ini, salah seorang daripada pemain skuad Colombia menerima ancaman bunuh daripada penyokong sendiri.

Mesej ugutan bunuh itu ditujukan kepada Mateus Uribe dan Carlos Bacca selepas Colombia tersingkir daripada kempen Piala Dunia di Rusia.

Ugutan bunuh itu kebanyakannya ditujukan kepada Bacca dengan meminta pemain berkenaan membunuh diri dan tidak kembali ke tanah air semula.

https://twitter.com/akmediaonline/status/1014643402737102853

Sebelum ini polis sudah melakukan siasatan berhubung ancaman bunuh ke atas pemain Colombia Carlos Sanchez selepas dia dibuang padang, tiga minit permainan bermula pada aksi pembukaan Piala Dunia menentang Jepun.

Ramai penyokong berang dengan kekalahan itu merujuk kepada ulang tahun ke-24 kematian Andres Escobar semalam yang dibunuh selepas menjaringkan gol sendiri dan dikatakan menjadi punca Colombia tersingkir pada Piala Dunia 1994.

David Castaneda menggunakan Twitter menyampaikan mesej amaran:

“Mati lah Carlos Bacca. Tidak ada siapa perlukan kamu. Jangan kembali semula ke sini.”

Seorang lagi penyokong Jhon Duqueismo, menyatakan, “Terima kasih kepada semua pemain kecuali pemain tidak berguna, Carlos Bacca. Jangan kembali ke sini.”

HumorFPCosky menulis: “Carlos Bacca lebih baik anda bunuh diri jadi anda tidak perlu hidup dalam derita.”

Colombia ditunjukkan jalan pulang oleh England apabila tewas menerusi sepakan penalti 3-4 apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan di peringkat 16 pasukan terakhir.

Bagimanapun ada penyokong Colombia yang melahirkan rasa terkejut dengan mesej ganas itu.

Brayan Sanchez berkata, “Jangan mengharapkan Bacca dan Uribe mati. Adakah kita mahu apa yang berlaku ke atas Andres Escobar berlaku lagi? Ini kah Colombia? Sama ada kita menang dan kalah, kita adalah satu negara.”

Dan menurut MoreJuanSe, “Mereka mula menghina dan mengugut Uribe dan Bacca. Semalam adalah ulangtahun ke-24 kematian Andres Escobar, kita sepatutnya kena belajar bagaimana menerima kekalahan.”

Pada tahun 1993, Pablo Escobar ditembak mati 10 hari selepas dia melakukan kesilapan sehingga menyebabkan Colombia tersingkir daripada Piala Dunia di Amerika Syarikat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN