Pemain Celtic Ini Anggap Dirinya Terlalu Bagus Untuk Liga Scotland Yang ‘Standard Kampung’

Pemain tengah Celtic, Oliver Ntcham dengan terbuka menyatakan beliau mahu meninggalkan Celtic kerana menganggap Liga Scotland sebagai tidak cukup tinggi darjatnya. Ataupun bahasa kasarnya, liga tahap kampung jika dibandingkan dengan kualiti pemain seperti beliau.

Ntcham merasakan dirinya terlalu bagus untuk beraksi dalam Liga Scotland. Dan sudah tiba masanya beliau perlu pergi ke liga lebih kompetitif.

Ntcham antara pemain yang menjadi buruan banyak kelab di Eropah termasuk England, Jerman dan Sepanyol. Namun beliau serius mempertimbangkan untuk menyertai Marseille di Ligue 1.

Pada musim lalu, Ntcham sudah memberitahu kelab bahawa beliau mahu pergi. Namun Celtic berjaya memujuk pemain berusia 23 tahun itu untuk kekal.

Ntcham sekali lagi menyatakan beliau mahu pergi – dan kali ini beliau menggunakan pendekatan lebih radikal dengan memperlekehkan kualiti liga Scotland.

Oliver Ntcham merupakan bekas pemain muda Man. City. Beliau mahu mencari cabaran lebih hebat di liga yang lebih baik.

Buat masa ini, Marseille berada di hadapan dalam persaingan mendapatkan Ntcham. Selain Marseille, pasukan seteru, Lyon juga berusaha untuk mendapatkan Ntcham.

Ntcham berkata: “Celtic sudah banyak berjasa kepada saya. Namun saya merasakan [keluar dari sini] itu adalah untuk kebaikan perkembangan karier saya.”

“Kita boleh bermain sebanyak mana perlawanan kita mahu. Namun dengan rasa penuh hormat ke atas rakan sepasukan, jika kualiti pasukan lawan kamu tidak bagus, kamu tidak akan membangun.”

Ntcham mengakui musim lalu beliau kecewa kerana gagal untuk mendapatkan kontrak dengan Porto.

“Ya saya kecewa, musim lalu saya gagal ke Porto.”

“Namun sekarang ini, minat daripada Marseille benar-benar menarik perhatian saya. Marseille kelab yang besar dengan penyokong yang ramai. Jika saya pergi ke Marseille, saya akan berkembang.”

Laporan di Perancis menyatakan Marseille diminta membayar £13.5 juta untuk pemain tersebut.

Ntcham menyertai Celtic pada 2017 selepas gagal melakukan sebarang penampilan dengan skuad senior Man. City. Beliau menjaringkan 8 gol daripada 49 perlawanan musim lalu untuk Celtic.

Ketika dipinjamkan ke Itali dari 2015-2017, beliau menjaringkan 5 gol daripada 41 penampilan untuk Genoa.

Namun malangnya, Genoa tidak mampu membayar yuran perpindahan tetap walaupun City hanya meminta £4.5 juta. Ketika itu, Ntcham pula yang dirasakan tidak cukup bagus untuk bermain dalam pasukan Manchester City.

Kontrak semasa Ntcham akan berakhir pada 2022, beliau melanjutkan kontrak itu pada November tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN