RASMI: Shoya Nakajima Sertai Porto, Jadi Pemain Termahal Jepun Dalam Sejarah

Selama hari ini, kita telah saksikan dengan pelbagai nama-nama pemain dari Jepun yang berhijrah untuk ke Eropah.

Hidetoshi Nakata, Shunsuke Nakamura dan Shinji Kagawa antara nama-nama pemain Jepun yang pernah meninggalkan impak di bola sepak Eropah.

Kini, sejarah baharu telah tercipta. Jepun sudah mempunyai pemain termahal baharu dalam sejarah mereka.

Menurut laporan The Japan Times, kelab Portugal iaitu Porto telah sah mendapatkan pemain tengah bernama Shoya Nakajima.

Pemain itu mengikat perjanjian jangka panjang dengan kelab Portugal tersebut menerusi kontrak selama 5 tahun.

Porto membayar harga yang cukup tinggi untuk mendapatkan Nakajima. Mereka membayar harga sebanyak $40  juta dari kelab Qatar – Al-Duhail.

Pembelian tersebut menjadikan Nakajima sebagai pemain Jepun paling mahal dalam sejarah.

Nakajima merupakan nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak Portugal, sebelum ke Qatar beliau pernah beraksi bersama-sama pasukan Portimonense dari tahun 2017.

Nakajima ditakrifkan sebagai pemain tengah yang cukup lincah dan mempunyai skil gelecek yang baik serta mempunyai kadar hantaran yang mantap.

Beliau selalu beraksi di bahagian kiri, namun begitu beliau boleh bermain di bahagian tengah serta kanan.

Sebelum ini, beliau pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League untuk bersama-sama Wolverhampton Wanderers.

Namun, kini beliau tidak sabar untuk memulakan kariernya bersama-sama kelab yang dianggap oleh pemain itu sendiri sebagai terbaik dalam sejarah bola sepak Portugal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN