Pemain Bundesliga Sepakat Undi Sadio Mane Sebagai ‘Flop’ Terbaik Liga

Sadio Mane
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Selepas bermusim-musim beraksi dengan sungguh cemerlang bersama-sama Liverpool, pemain sayap Senegal iaitu Sadio Mane memilih untuk meninggalkan kelab itu dan pergi ke Bundesliga.

Menyertai Bayern Munich, Mane dilihat mahu mencabar dirinya dengan beraksi di liga baharu namun nampaknya usaha tersebut tidak menjadi seperti diharapkan.

Mane jelas berhempas-pulas dan tidak mampu untuk menonjolkan persembahan sebenarnya, malah pemain ini nampaknya akan disingkirkan oleh Bayern selepas pernah terlibat dengan pergaduhan bersama Leroy Sane.

Malah, perkongsian di Jerman turut mendapati para pemain Bundesliga sudah berpakat untuk menamakan Mane sebagai pemain paling teruk dalam saingan mereka musim ini.

Daripada 252 pemain yang mengundi, seramai 41.7% daripada jumlah tersebut mengundi Mane sebagai flop terhebat Bundesliga.

Peratusan itu jauh meninggalkan nama-nama yang lain dengan 20.9% undian memilih untuk tidak meletakkan mana-mana pemain sebagai flop di Bundesliga musim ini.

Nama-nama lain yang tersenarai sebagai pemain paling teruk musim ini adalah:

  • Joshua Kimmich (Bayern Munich) – 7.5%
  • Anthony Modeste (Borussia Dortmund) – 6.3%
  • Leroy Sane (Bayern Munich) – 3.6%

Dalam pada itu, 252 pemain Bundesliga bersepakat untuk menjulang Randal Kolo Muani sebagai pemain paling cemerlang dalam saingan domestik Jerman musim ini.

Kolo Muani memperoleh 24.2% undi mengatasi nama-nama lain seperti Jude Bellingham dan Sebastian Haller.

Manakala untuk kategori ini, sebanyak 20.9% pemain memilih untuk tidak menamakan mana-mana pemain cemerlang pilihan mereka.

Berikut adalah tiga lagi nama lain yang menjadi pilihan suka ramai para pemain Bundesliga:

  • Jude Bellingham (Borussia Dortmund) – 17.5%
  • Niclas Fullkrug (Werder Bremen) – 11.9%
  • Sebastian Haller (Borussia Dortmund) – 7.5%

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN