Piala FA: Mukhairi Ajmal Mahu Selangor Fokus Berdepan JDT

Pemain tengah berbakat besar Selangor iaitu Mukhairi Ajmal menggesa supaya rakan sepasukan beliau memberi tumpuan penuh pada perlawanan malam ini untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selangor bakal menghadapi cabaran getir malam ini bertemu JDT untuk aksi separuh akhir Piala FA 2023 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi memburu satu lagi slot ke final.

Berdepan JDT, pastinya ia merupakan satu tugas sukar bakal dihadapi oleh Mukhairi serta rakan sepasukan lain kerana pasukan lawan ketika ini mempamerkan momentum cukup positif sejak awal permulaan Liga Malaysia (Liga M) lagi.

Walaupun begitu, cabaran Selangor juga tidak boleh dipandang remeh kerana The Red Giants tampil dengan positif menerusi corak permainan ditampilkan mereka bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Menerusi adunan pemain tempatan bersama bintang import Selangor musim ini, pasukan tersebut unggul berada di belakang JDT pada kedudukan kedua dalam aksi Liga Super 2023.

Pastinya ia bakal menjadi salah satu perlawanan yang sengit untuk aksi malam ini bagi menentukan siapa lebih layak mara ke final menerusi rekod kedua pasukan tersebut.

Jelas Mukhairi, beliau akan berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Selangor menjadi pasukan pertama yang mencatat kemenangan di SSI musim ini sebelum melayakkan diri ke final.

Walaupun semua mengetahui SSI merupakan gelanggang keramat buat JDT musim ini yang sering memberi keputusan positif buat penyokong Harimau Selatan, Mukhairi tampil optimis Selangor mampu mencipta kejutan tersendiri.

Apa yang perlu dilakukan oleh barisan pemain Selangor kini ialah mengelak daripada sekadar menjadi penumpang, kerana ia bakal menjejaskan momentum permainan untuk menewaskan lawan.

“Kita tahu JDT sebuah pasukan yang besar, harap kita dapat berikan yang terbaik daripada perlawanan sebelum ini dan tunjukkan kita mampu buat.

“Ditambah pula dengan penyokong mereka berikan semangat, apa yang penting kita ikut arahan dan fokus dalam 90 minit atau lebih nanti,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Mukhairi turut mengakui ianya bukan suatu tugas mudah untuk memegang tanggungjawab kapten buat Selangor.

“Setiap kali saya dipilih sebagai kapten ia memang satu tugas berat kerana Selangor bukan pasukan bawahan.

“Ia adalah sebuah pasukan yang besar jadi tanggungjawab bukanlah mudah, saya dapat asakan tanggungjawab itu,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN