Bintang Bola Sepak Wanita USA, Turun Latihan Pra Musim Dengan Kandungan 5.5 Bulan

Bintang bola sepak wanita Amerika Syarikat, Sydney Lerox Dwyer mendapat perhatian dunia internet setelah berkongsi gambar dirinya menjalani latihan pra musim bersama Orlando Pride dengan kandungan berusia 5 bulan setengah.

Pemain kelahiran Kanada itu lebh dikenali dengan panggilan “Syd the Kid”, telah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik dan juga Piala Dunia pada 2015 bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat.


Pemain itu juga memiliki 2 juta pengikut di laman media sosial twitter – menyebabkan gambar hasil perkongsian Leroux pantas menjadi tular.

Sumber inspirasi

“Saya tidak menjangka akan memulakan pra musim dengan kandungan berusia 5.5 bulan, namun kini saya di sini,” tulis Leroux di akaun twitter bersama gambar tersebut.

Sudah tentu perkongsian sedemikian akan mendapat respon dan ada di kalangan rakan atlet menganggap ia sebagai inspirasi dan hero.

Antaranya ialah bekas pemain golf profesional wanita Amerika Syarikat, Paige Mackenzie dan juga pemain bola tampar, Baar Toksoy Guidetti.

Rakan sepasukan di skuad kebangsaan, Alex Morgan turut meluahkan rasa bangga dengan Leroux.

 

View this post on Instagram

 

Heading into 2019… just adding another addition to my hip.

A post shared by Sydney Leroux Dwyer (@sydneyleroux) on

“Saya bangga adanya kamu sebagai rakan sepasukan, Syd. Tidak sabar untuk beraksi bersama di atas padang,” tulis Morgan

Turut terima kritikan

Langkah Leroux menjalani latihan walaupun hamil memasuki tempoh enam bulan itu turut mendapat kritikan peminat dan penyokong bola sepak di Amerika Syarikat. Anehnya 99% yang tidak bersetuju dengan tindakan Leroux adalah lelaki.

“Saya belum berkesempatan memberi respon kepada mereka yang membantah. 99% daripada mereka yang mengkritik latihan saya adalah lelaki,” ujar beliau.

Menjawab soalan pengikut beliau di Twitter, Leroux berkata beliau tidak meletakkan dirinya atau bayi yang di dalam kandungan berada dalam risiko ketika latihan dijalankan.

VANCOUVER, BC – JUNE 16: Sydney Leroux #2 of the United States runs with the ball during the FIFA Women’s World Cup Canada 2015 Group D match between Nigeria and The United States June, 16, 2015 at BC Place Stadium in Vancouver, British Columbia, Canada. (Photo by Rich Lam/Getty Images)

“Saya tidak terlibat dalam latihan yang melibatkan sentuhan. Hanya sedikit latihan bersama bola dan sentuhan di kaki.

“Saya tidak akan membenarkan diri berada di dalam situasi di mana bola boleh mengena bahagian perut.

“Tiada larian intensif dilakukan, dan saya sentiasa mengikuti arahan OB [pakar obstetrik].”

Bayi yang dikandung oleh Leroux merupakan anak kedua kepada Leroux dan suami beliau, Dom Dwyer yang juga merupakan pemain Orlando City. Mempunyai seorang anak lelaku bernama Cassius, Leroux pernah keguguran pada November tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN