Dalam artikel kali ini kami menyenaraikan 5 pemain bola sepak yang berpendidikan tinggi.
Bola sepak adalah sukan yang paling popular di muka bumi dengan diikuti sekitar 3.5 bilion manusia di dunia.
Sukan ini seperti sukan fizikal yang lain, tidak memerlukan pemain bola sepak untuk menunjuk sijil akademik. Ianya lebih berkaitan skil dan teknikal di dalam padang.
Ramai pemain bola sepak di Eropah tidak berpendidikan tinggi kerana bermacam kekangan. Antaranya ialah kekangan masa dan juga peluang.
Ramai di antara mereka yang masuk ke akademi bola sepak pada usia awal remaja. Ada yang sukar untuk menumpukan kepada aspek pelajaran dan pendidikan pada satu masa yang sama.
Cristiano Ronaldo tidak pernah bersembunyi akan latar belakang akademik beliau yang hanya sampai usia 12 tahun.
Namun ada beberapa pemain yang berjaya melakukan 2 perkara ini pada masa yang sama dengan cukup baik.
Ini adalah 5 daripada pemain-pemain bola sepak yang berjaya dalam pelajaran sehingga ke menara gading.
1. Frank Lampard
Frank Lampard pernah diiktiraf oleh Mensa memiliki IQ lebih tinggi daripada Carol Volderman. Carol telah berjaya mendapat skor 154 dalam ujian IQ.
Ianya jauh mengatasi purata 100 skor di England. Satu ujian ke atas Frank Lampard menunjukkan pemain ini berjaya mendapat skor 150.
Mungkin ramai tertanya-tanya, betul ke?
Frank Lampard adalah bekas pelajar sekolah elit Brentwood. Beliau cemerlang ketika mengambil ujian GCSE dengan 11A.
Lampard juga mendapat A dalam subjek Bahasa Latin. Di kem Chelsea, Lampard dipanggil profesor oleh rakan-rakan beliau kerana kepandaian beliau.
2. Glen Johnson
Glen Johnson seorang lagi pemain dari akademi West Ham seperti Lampard.
Jika pemain lain lebih gemar berteman dengan gadget dan juga lepak bersantai di pantai ketika masa lapang, Johnson pula lebih suka berkawan dengan buku.
Pada 2014, ketika Piala Dunia Brazil, Johson membawa buku rujukan bersama-sama dengan beliau. Kembalinya ke England, beliau menyertai Stoke City.
Ketika di Stoke, Johnson telah meluangkan masa 2 jam sehari untuk belajar di Universiti terbuka untuk menamatkan ijazah beliau dalam bidang Matematik.
Johnson pernah berkata:
“Saya sebenarnya bagus dalam matematik, tetapi saya lebih banyak berfikir tentang hal bola sepak.”
“Cikgu saya pernah berkata, saya tidak akan berjaya dalam bidang matematik.”
“Jadi, dalam fikiran saya berkata, saya akan buktikan.”
3. Clarke Carlisle
Clark Carlisle adalah bekas pemain Leeds United dan beberapa kelab lain. Beliau sudah bersara.
Pada 2002, Clark memenangi rancangan realiti Britain’s Brainiest Footballer.
Beliau juga seorang aktivis yang banyak bersuara sehingga ke pejabat Perdana Menteri Britain berkenaan dengan hal-hal seperti rasisme, politik dan sebaganinya.
Beliau mendapat 10 A dalam perperiksaan GCSE. Menamatkan pengajian dalam bidang Pengajian Matematik & Politik di A Level.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga ada Ijazah dalam bidang Penulisan Sukan & Penyiaran dari Universiti Staffordshire.
4. Juan Mata
Juan Mata menamatkan ijazah dalam Journalism di Universidad Politecnica de Madrid ketika bermain dengan Chelsea.
Beliau juga ada ijazah dalam Sains Sukan, Pendidikan dan Pemasaran. Beliau mengambil bidang tersebut menerusi pengajian jarak jauh.
“Saya tidak rasa seorang pemain bola sepak yang ada ijazah itu harus dipandang ekslusif.”
“Saya kekal fokus kepada karier saya dan pada masa yang sama saya suka melakukan benda lain seperti belajar.”
Amboi, buat secara sampingan pun pun sampai 2,3 ijazah.
5. Shaka Hislop
Shaka Hislop kini sedang bertugas dengan ESPN. Beliau ada Ijazah Kepujian dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Howard. Beliau juga pernah menjadi pelatih di NASA.
Buat masa ini Hislop lebih fokus kepada dunia penyiaran yang memberikan beliau pendapatan lebih lumayan.
Rumusan
Itulah antara 5 senarai pemain bola sepak popular yang berpendidikan tinggi. Masih ramai lagi yang seperti mereka, anda mungkin boleh bantu kami kongsikannya di ruangan komen.
Baca juga: VIDEO: Adakah JDT Bakal Keluarkan Telefon Pintar Jenama Sendiri?