Pemain Barcelona Menawarkan Tangguh Pembayaran Gaji Mereka Untuk Membolehkan Pembelian Neymar

Hasrat Barcelona untuk mendapatkan semula Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG) bukan lagi rahsia. Namun halangan terbesar mereka adalah Peraturan Kewangan UEFA (FFP) kerana Barcelona telah pun membelanjakan wang yang besar untuk beberapa pemain baharu mereka.

Barcelona telah pun membawa masuk Antoine Griezmann dengan nilai £107 juta dan Frenkie de Jong sebanyak £65 juta.

Oleh yang demikian, melalui pendedahan Gerread Pique, pemain pertahanan itu memaklumkan beberapa pemain Barcelona telah menawarkan untuk penangguhan pembayaran gaji mereka bagi membolehkan kelab tersebut mendapatkan Neymar.

Dua tahun lepas Neymar meninggalkan kelab Catalan itu dengan rekod perpindahan tertinggi di dunia iaitu sebanyak £200 juta.

Barcelona telah mencuba pelbagai cara termasuk menawarkan wang tunai dan beberapa pemain sebagai tambahan namun akhirnya semua tawaran tidak dipersetujui PSG sehinggalah pintu perpindahan ditutup.

“Kami telah memberitahu Joseph Bartomeu [presiden kelab] jika pihak pengurusan mahu menangguhkan pembayaran gaji kami bagi memenuhi syarat peraturan kewangan FFP dan dapatkan Neymar, kami sanggup melakukannya,” kata Pique kepada stesen radio Cadena Ser pada Khamis.

Neymar yang dikatakan sudah tiada hati untuk bermain bersama PSG tidak melaporkan diri dan ponteng sesi latihan pada awal musim. Beliau juga tidak bermain dalam beberapa perlawan kerana menunggu untuk saga perpindahan itu berlaku.

Namun apabila gagal, beliau akhirnya terpaksa akur dan kembali ke pangkuan kelab. Padahnya beliau telah diejek dan dimaki hamun oleh penyokong PSG dalam perlawanan pertamanya tetapi telah pun menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan setakat ini.

Neymar kini berehat kerana mengalami kecederaan pangkal peha sewaktu menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Brazil tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN