Pemain Anderlecht Diminta ‘Korbankan’ Sebulan Gaji

Kelab Belgium, RSC Anderlecht telah meminta semua pemainnya untuk melangkau sebulan gaji mereka untuk membantu pasukan itu menjimatkan sekurang-kurangnya €2 juta ketika pandemik coronavirus (COVID-19) sedang melanda di seluruh dunia pada waktu ini.

Anderlecht pada Selasa telah mengumumkan mereka terpaksa menggantung kontrak sebahagian staf dan Ketua Pegawai Eksekutif, Karel Van Eetvelt berkata semua pemain telah diminta untuk menunjukkan solidariti mereka dengan ‘mengorbankan’ gaji 30 hari mereka.

“Ia akan menjimatkankan sekurang-kurangnya €2 juta,” katanya kepada penyiar sukan, Sporza.

Kelab itu juga berkira-kira untuk menggantung kontrak pemainnya untuk mengurangkan kos pengurusan, tetapi mereka merasakan ianya langkah yang berisiko.

“Oleh itu, kami memilih untuk meminta mereka sumbangkan gaji mereka itu kepada pihak kelab.

“Saya sangat menghargai adanya solidariti dalam kalangan pemain dan mereka juga faham dengan situasi yang sedang berlaku ini,” kata Van Eetvelt.

“Peranan Vincent Kompany pada waktu ini adalah amat penting kerana beliau mempunyai kapasiti yang baik di antara pihak pengurusan dan pemain dan beliau boleh bercakap terus kepada mereka [pemain].”

Kelab yang berpangkalan di ibu negara Belgium itu adalah kelab paling berjaya dalam sejarah dengan rekod 34 kejuaraan liga dan juga pernah memenagi kejohanan Piala Kelab Eropah dan Piala UEFA.

Bagaimanapun pada musim ini Anderlecht agak bergelut untuk berada di kedudukan terbaik selepas hanya mencatat 11 kemenangan dalam 29 perlawanan dan kini menduduki tangga kelapan Liga Pro Belgium.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pemotongan gaji dan COVID-19:

Leave a Reply