Pemain Akademi Mokhtar Dahari Bakal Menjalani Latihan Bersama Akademi Paris Saint-Germain

Akhbar tempatan, Kosmo hari ini melaporkan empat atau lima pemain daripada skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD B-13) akan menjalani latihan bersama Akademi kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) akhir bulan ini atas permintaan kelab tersebut yang berminat dengan aksi mereka sepanjang tiga minggu berada di Perancis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar, beliau berkata pemain yang terpilih ke PSG akan pulang ke Malaysia terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa perkara penting.

“Sebelum ini kita turut mendapat tawaran daripada Manchester City dan Manchester United selepas kelab tersebut ingin mendapatkan enam pemain cilik negara bagi menjalani latihan bersama mereka, namun kami memilih PSG atas beberapa faktor.

“Perancangan sebelum ini adalah pemain akan terus tinggal di Perancis bermula 1 Mei, namun mereka perlu pulang ke Malaysia terlebih dahulu untuk menyelesaikan sesi persekolahan yang tertangguh sepanjang berada di sana.

“Setelah berbincang, kami memutuskan semua pemain yang akan menjalani latihan bersama PSG akan dihantar tetapi mereka perlu menyelesaikan perkara yang lebih penting dahulu di sini.

“Kita pasti akan menghantar pemain tersebut kerana ia adalah peluang keemasan yang diperoleh AMD B-13 bagi menggilap bakat-bakat muda untuk me­nerajui bola sepak tanah air satu hari nanti,” katanya seperti dipetik dalam Kosmo.

Skuad AMD B-13 berjaya mengungguli tempat ketiga pada kejohanan Piala Ba­lisier edisi kelapan di Perancis akhir bulan lalu sekali gus melakar dua kejayaan dalam tempoh tiga minggu di peringkat Eropah.

Mereka mencatat kemenangan 1-0 bagi penentuan tempat ketiga dan keempat hasil jaringan Muhammad Danish Haikal Abdullah ketika berdepan Schiltighiem di Stadium Nelson Mandela, Sarcelles, manakala juara diraih oleh Akademi AS Nancy yang beraksi untuk Ligue 2 Perancis.

Sebelum ini AMD B-13 meraih tempat keempat setelah berjaya mengatasi beberapa akademi kelab ternama Perancis seperti Paris Saint-German (PSG), FC Metz dan FC Nantes pada kejohanan Piala Joinville sebelum mara ke separuh akhir menentang AS Nancy, namun tewas dengan penentuan sepakan penalti.

AMD B-13 satu-satunya wakil dari Asia yang dijemput untuk menyertai dua kejohanan tersebut yang disertai lebih 20 akademi kelab Liga Pe­rancis yang berlangsung pada 14, 15 dan 29 April lepas.

“Walaupun AMD B-13 tidak berjaya menjulang trofi, namun ia sudah memadai apabila mereka layak menduduki tempat ketiga dan keempat kerana kejohanan tersebut turut disertai akademi pasukan terkemuka di Perancis.

“Kita dapat melihat pemain mempamerkan peningkatan pada setiap perlawanan dihadapi dan meraih tempat keempat pada kejohanan pertama dan berjaya naik ke kedudukan ketiga pada pertandingan kedua yang turut disertai hampir keseluruhan pasukan yang sama.

“Prestasi pasukan boleh dilihat dari segi keputusannya, manakala prestasi pemain pula menyaksikan Rohisham Haiqal mendapat Anugerah Pemain Terbaik dan penjaga gol disandang oleh Hazriq Haqqim bagi kejohanan pertama.

“Kejayaan ini membuktikan pasukan muda negara mampu bersaing pada peringkat Eropah dan pendedahan ini amat pen­ting kepada mereka bagi mening­katkan keyakinan diri apabila beraksi di peringkat tertinggi,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN