Gergasi Merah Sedia Kejutkan JDT Di Cheras

Skuad gergasi merah sudah siap sedia untuk mencalar ego pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Menurut pemain tengah import skuad Selangor, Evan Dimas, beliau sememangnya tidak sabar turun beraksi untuk menentang bekas juara Piala AFC itu bagi memastikan Selangor mengutip 3 mata berharga di halaman sendiri.

“Sebelum ini, saya baru selesai tugasan bersama skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, jadi saya belum cergas sepenuhnya namun masa rehat beberapa hari ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kembali cergas.

“Justeru, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi aksi malam esok dan sudah tentu mahu tampil dengan aksi yang lebih baik bagi membantu pasukan meraih keputusan positif,” katanya kepada Berita Harian.

FOTO: FA Selangor

Skuad kendalian Muhammad Nazliazmi itu sebelum ini tewas 0-2 kepada JDT di Stadium Larkin minggu lepas. Selangor kini menghuni tangga kesembilan dengan 10 mata dan hanya berkelebihan dua mata dari zon penyingkiran.

Evan turut menggesa rakan sepasukannya bekerja keras dan memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mencipta kejutan ke atas juara Liga Super empat kali berturut-turut itu.

“Sudah tentu kita mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi kerana kita tidak lagi boleh tercicir mata. Kita perlu memperbaiki kedudukan pasukan,” katanya.

Sementara itu, pengendali JDT, Raul Longhi membayangkan tidak akan menurunkan pemain tengah mereka, Natxo Insa yang mengalami kecederaan untuk pertemuan menentang Selangor malam ini.

“Natxo (Insa) terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya empat atau lima minggu dan semua bergantung sejauh mana tempoh pemulihan pemain itu. Saya berharap dia dapat pulih dalam masa terdekat kerana kami kehilangan pemain tengah yang agresif,” kata Longhi.

“Walaupun kami kehilangannya, saya sudah kenal pasti pemain yang akan menggalas tugas di posisi tengah bagi mengimbangi kekuatan pemain tengah Selangor yang pasti akan beri tekanan kepada kami.

“Saya gembira dengan persembahan Nazmi (Faiz Mansor) yang menunjukkan peningkatan mendadak sepanjang tiga aksi lalu. Jika dulu penyokong tidak menyebut namanya tetapi sekarang namanya mula menjadi bualan dan ia memberi motivasi kepada pemain itu.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN