Peluang Untuk 2 Pemain Ini Kembali Harumkan Nama Di Persada Antarabangsa

Kelibat dua pemain kebangsaan, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dilihat kini berpeluang untuk kembali menaikkan nama mereka di persada antarabangsa menerusi sentuhan mereka.

Nama Safawi dan Akhyar bukan suatu yang asing lagi sebenarnya dalam arena bola sepak Harimau Malaya, selepas pelbagai kejayaan telah dicipta mereka untuk menjadi sebutan dalam kalangan peminat suatu ketika.

Hadir menyerlah pada usia yang muda, kedua pemain ini juga tidak mengambil masa lama untuk mengukuhkan posisi masing-masing suatu ketika buat pasukan senior kelab dan Malaysia.

Namun, impak tersebut dilihat tidak berkekalan selepas era Faisal Halim dan Arif Aiman menutup seketika nama kedua pemain itu dalam kalangan peminat selain turut diketepikan oleh kejurulatihan kebangsaan selaku pilihan kesebelasan utama.

Walaupun masih terpilih untuk menyertai pasukan Harimau Malaya era kejurulatihan Kim Pan-gon, nama mereka lebih banyak berada di bangku simpanan serta dijadikan selaku pilihan kedua selepas Faisal serta Arif.

Untuk situasi terkini, kedua pemain tersebut mempunyai peluang cukup cerah untuk mendapatkan kembali kepercayaan Kim berada dalam kesebelasan utama serta menampilkan kualiti permainan terbaik demi menarik perhatian para peminat bola sepak negara.

Tanpa Faisal dan Arif yang disisihkan oleh kejurulatihan negara akibat kecederaan, kedua bintang Terengganu ini perlu menggunakan peluang tersebut untuk memperkemaskan jentera serangan Malaysia.

Malah, bekas pemain kebangsaan iaitu Shahrom Kalam sendiri melihat ia merupakan masa terbaik kini buat Akhyar bersama Safawi kembali mengharumkan nama di persada antarabangsa.

“Perkara yang baik untuk skuad kebangsaan adalah Safawi dan Akhyar kini sudah mendapat minit permainan bersama TFC. Saya percaya ini masa mereka memikul tanggungjawab,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Kosmo.

Selain berkebolehan tinggi di jentera serangan Malaysia, kedua pemain itu juga memiliki pengalaman terbaik di pentas antarabangsa menerusi rekod lalu.

Walaupun begitu, ianya tetap tertakluk kepada Kim sendiri untuk menentukan barisan terbaik beliau pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini menentang Kyrgyzstan serta Taiwan.

Malaysia tidak lagi boleh tewas pada baki dua perlawanan ini selepas mereka diaibkan oleh Oman terdahulu jika ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Selain Safawi dan Akhyar, Harimau Malaya masih lagi memiliki beberapa pemain sayap lain yang dianggap turut berkualiti seperti Zhafri Yahya dan Nurshamie Iszuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN