Akibat Terjahan Tiada Otak, Pemain Amatur Ini Sah Patah Kaki

Baru-baru ini tular klip video di media sosial dengan membabitkan satu perlawanan amatur dalam sebuah kejohanan kampung di Jeram Landak, Pahang dengan menyaksikan satu insiden tidak diingini tidak berlaku.

Menerusi satu perkongsian klip video tersebut, salah seorang pemain berjersi hitam putih telah menerima satu terjahan tidak sepatutnya sehingga beliau dilaporkan sah patah di bahagian kaki.

Laporan itu dikeluarkan sendiri oleh pemilik akaun Lipis Fighter di Facebook dengan menyatakan mangsa terjahan kepada pemain berjersi serba merah itu patah di bahagian kaki kanannya dan mungkin mengalami kerosakan pada bahagian saraf.

“Alif ditimpa kecelakaan ketika beraksi dalam Kejohanan 9 sebelah Jeram Landak petang tadi. Terjahan keras pihak lawan, lutut bertemu keting Alif sudah cukup mematahkan kaki kanannya.

“Tulang depan dan belakang disahkan patah dan mungkin berdepan dengan kerosakan saraf.

“Sama-sama doakan kesejahteraan Alif Akhirizaman dan “crowd funding” diperlukan sebagai secebis usaha kami untuk membantu beliau dan keluarga dalam proses pemulihan yang menelan kos ribuan ringgit. Bagi yang nak membantu boleh salurkan bantuan terus ke akaun keluarga beliau,” jelas kenyataan tersebut.

Perbuatan ganas oleh pemain berjersi serba merah itu jelas tidak sepatutnya berlaku, kerana ia hanya membabitkan aksi bertaraf amatur sehingga mengundang kecaman di media sosial.

“Minta maaf pun tak. Itulah masalah sebenar kat Malaysia ni. Bila main nak cari kaki,bila buat salah takde rasa tanggungjawab kat perbuatan sendiri,” komen Mohd Saifullah di Facebook.

“Kau tu tak terkenal pun bang, bukan pemain terkenal..jadi tak payah try hard sangat buat tackle bangang macam tu,” marah Nazirul Akmal.

“Gila jahat player macam ni. Seepatutnua blacklist gantung terus player ni dari bermain mana-mana friendly atau tournement. Sama jahat dgn 1 video budak kecik yang nak kungfu budak lain tu, jahat asal,” ulas Akim Tarmizi pula.

“Begitu saja anda merosakkan perjalanan hidup insan lain kerana apa? Andai anakmu kena begitu apa yg boleh anda buat? paling bodoh pernah aku lihat,” sesal Norizam Noli.

“Bola sepak amatur risiko sangat tinggi. Banyak player-player muda yang saya jumpa serakang dah tak main dah. Atas sebab kecederaan kaki ketika dlm perlawanan mcm ni. Sebab memang ada jurulatih yang minta pemain main macam ni, cuma teruk dengan tak teruk ja,” jelas Farahin Din.

Kami di Semuanya BOLA berdoa supaya Alif kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan beliau ketika ini.

Untuk sesiapa yang ingin membuat sumbangan, anda boleh terus ke Facebook Lipis Fighter atau menyalurkan di:

556114511271
SNSA ENTERPRISE
MAYBANK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN