‘Peluang Tingkatkan Tahap Permainan Dan Keserasian’ – Harimau Malaya Bakal Adakan Dua Perlawanan Persahabatan

Dua perlawanan Tier 1 bakal menjadi medan terbaik buat skuad Harimau Malaya tidak lama lagi sebagai pemanas badan sebelum mereka beraksi dalam Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022 dengan menjadikan Myanmar dan Hong Kong sebagai lawan mereka pada 27 Mei 2022 serta 1 Jun 2022.

Menurut Kim Pan-gon selaku pengendali skuad kebangsaan, dua pasukan tersebut dilihat bersesuaian buat kem kebangsaan sebagai persiapan diri mereka menjelang aksi tiga perlawanan sebenar Kumpulan E bermula pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun, dalam misi Harimau Malaya memburu slot untuk layak ke Piala Asia 2023.

“Untuk makluman, skuad Harimau Malaya akan bertemu Myanmar, ranking ke-152 dunia memandangkan pasukan berkenaan akan berada di Kuala Lumpur untuk kem latihan pusat sebelum mereka terbang ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan F membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar dan Singapura.

“Sementara Hong Kong pula yang ketika ini berkedudukan ranking ke-147 dunia akan singgah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Malaysia sebelum mereka terbang ke Kolkata, India bagi saingan Kumpulan D membabitkan India, Hong Kong, Afghanistan dan Kemboja.

“Skuad Harimau Malaya akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini pada 19 Mei ini iaitu sejurus berakhirnya Hari Perlawanan 9 saingan Liga Super 2022 pada 18 Mei”, jelas pengendali dari Korea Selatan itu menerusi laman rasmi FAM.

Menurut beliau lagi, tempoh tiga minggu kem latihan pusat tersebut diharap bakal memberi peluang buat dirinya serta staf kejurulatihan lain dalam meningkatkan skuad kebangsaan dari segi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Pan-gon juga berharap agar para penyokong setia Harimau Malaya mampu hadir ke stadium bagi memberi sorakan terbaik buat pasukan kesayangan mereka selain diharap boleh menjadi suntikan semangat buat skuad kebangsaan untuk tampil lebih baik seterusnya mencatat keputusan positif dengan kejayaan yang diharapkan oleh semua.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN