Walaupun Manchester United berjaya mempamerkan aksi dengan sangat cemerlang pada awal musim ini, statistik semasa setakat ini nyata tidak memihak kepada pasukan tersebut untuk berpeluang meraih gelaran juara English Premier League (EPL).
United pada awal musim ini telah mempamerkan aksi yang sangat memberansangkan bersama pengurus baharu mereka, Erik Ten Hag menerusi keputusan dalam carta liga.
Matchday focus: 🔛#MUFC || #UEL pic.twitter.com/3sRB2GxC0D
— Manchester United (@ManUtd) September 15, 2022
Bersama Ten Hag, United kini telah pun meraih 12 mata keseluruhan dalam carta liga menerusi enam perlawanan dihadapi mereka termasuk mencatat kemenangan atasi Liverpool dan Arsenal.
Ketika ini, The Red Devils hanya ketinggalan enam mata sahaja berbanding pendahulu carta liga, Arsenal yang jelas agak konsisten pada awal musim.
Ten Hag berpeluang untuk merapatkan jurang mata bersama pasukan-pasukan di atas mereka ketika sekiranya mereka mampu menewaskan Manchester City pada perlawanan seterusnya.
Jika berjaya mencatat kemenangan tersebut, United bakal terus merapatkan kedudukan mata mereka untuk terus mendaki kedudukan lebih baik dalam carta liga.
Di sebalik mempamerkan aksi yang sangat memberansangkan dalam persaingan liga, United dikhabarkan mungkin tidak dapat untuk terus mencabar kejuaraan liga musim ini menerusi kebarangkalian dibuat oleh laman FiveThirtyEight.
Menurut laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, United hanya diberikan peluang sebanyak 1% sahaja untuk menjuarai EPL musim ini bersama Ten Hag di Old Trafford.
Jumlah tersebut sama dengan peluang mereka untuk menjerumus ke dasar liga bersama tiga pasukan tercorot musim ini.
Statistik lain menunjukkan City masih lagi menjadi pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan apabila pasukan tersebut mempunyai 66% peluang untuk memenangi trofi saingan liga.
Segala perkiraan statistik tersebut dibuat berdasarkan daripada beberapa laman bola sepak iaitu ESPN, Opta, dan Engsoccerdata GitHub.
FiveThirtyEight juga meramalkan pasukan kendalian Jurgen Klopp iaitu Liverpool bakal menjadi naib juara pada musim ini dengan dengan kadar peluang 15% serta Arsenal di tangga ketiga.
Di tangga keempat dengan 25% peluang yang diperoleh menerusi kajian data dibuat, ia menjadi milik pasukan kendalian Ten Hag untuk menamatkan cabaran liga musim ini.
Four wins in a row for the Reds! ➕3️⃣#MUFC || #MUNARS
— Manchester United (@ManUtd) September 4, 2022
Sementara itu kajian yang dibuat keatas pasukan penyingkiran liga musim ini nyata menjadi milik Nottingham Forrest, dengan data menunjukkan kelab tersebut mempunyai peluang sebanyak 68%.
Ia turut diikuti dengan pendatang baharu musim ini, Bournemoth dengan mengutip 48% serta terakhir ialah Leicester City yang jelas masih lagi mencari-cari rentak terbaik mereka.