‘Peluang Kedua’ – Nantikan Potensi Sebenar Syafiq Ahmad Bersama Kedah

Syafiq Ahmad Kedah

Tidak mahu mengambil mudah cabaran Sarawak United, penyerang Kedah, Syafiq Ahmad mahu rakan sepasukan berwaspada kerana pendatang baharu Liga Super itu berpeluang untuk mencipta kejutan dalam aksi pertama musim ini.

Pasukan dari Borneo itu baru sahaja bertukar ketua jurulatih selepas E. Elavarasan dilantik sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan, lalu melantik B. Satiananthan yang sebelum itu merupakan Pengarah Teknikal.

Maka menurut penyerang yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain-pemain Kedah harus bersedia untuk berdepan dengan lawan mereka itu, apatah lagi mereka akan beraksi di tempat lawan di Stadium Negeri, Kuching.

Beliau menganggap perlawanan malam esok pastinya lebih sukar dari dijangka memandangkan ia merupakan aksi pertama Sarawak United dalam pentas Liga Super yang pastinya enggan kehilangan mata di laman sendiri.

Namun, sudah tentu anak buah Aidil Sharin Sahak ini mempunyai percaturan sendiri untuk tidak membiarkan pasukan tersungkur selepas melakukan persediaan rapi dalam pra musim ini.

“Rasa gemuruh, teruja dan semua ada sebab ini adalah perlawanan pertama dan mesti la Kedah pun ingin menang dalam aksi pertama ini,” ujar pemain berusia 27 tahun ini kepada Media MFL.

“Kita tahu Sarawak United bertukar jurulatih pada penghujung pra musim, tetapi itu tidak bermakna apabila mereka tukar jurulatih, persiapan pasukan akan terjejas.

“Saya percaya persediaan mereka mungkin lebih baik, mana tahu kan lebih-lebih lagi beraksi di stadium sendiri dan ini adalah aksi pertama mereka dalam Liga Super, jadi Kedah tidak akan beri laluan mudah untuk cuba menang malam esok.”

Dalam masa sama, Syafiq menyifatkan misi utamanya apabila kembali ke Kedah bukan semata-mata untuk menjaringkan seberapa banyak jaringan sebaliknya mahu mendapatkan rentak permainan yang lebih baik.

Musim lalu, Syafiq berjaya menjaringkan satu gol sahaja dan musim ini fokusnya adalah kepada pasukan terlebih dahulu sebelum mencipta peluang melakukan jaringan.

“Untuk awal-awal musim ini, saya hanya inginkan dapat rentak permainan dahulu sebab saya sudah lama tinggalkan pasukan ini.

“Kalau ada rezeki untuk menjaringkan gol, saya akan buat juga dan walaupun sebagai pinjaman, sudah tentu saya nak cuba capai balik apa yang pernah saya lakukan ketika bersama Kedah sebelum ini.

“Saya nak tingkatkan pencapaian diri dan Alhamdulillah selepas beberapa siri persahabatan sebelum ini, saya mula dapat balik keyakinan dan harapnya semua akan berjalan lancar musim ini”, tambahnya.

Selain Aksi Kedah menentang Sarawak, tiga lagi perlawanan yang turut berlangsung adalah Kuala Lumpur City menentang Selangor, JDT melawan Penang dan Sabah berdepan Negeri Sembilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN