Hilal El-Helwe Sudah Tentu Pengganti Terus Casagrande Berdepan JDT, Apa Impak Yang Bakal Dibawanya?

Hilal El-Helwe Penang FC 2022 Casagrande

Kehilangan penyerang sensasi, Casagrande sebulan akibat penggantungan, pengendali Penang FC, Tomas Trucha tentunya meletakkan harapan ke atas penyerang baharunya, Hilal El-Helwe sebagai penggempur utama.

Casagrande adalah pencetak gol terbaik yang dimiliki Penang, namun akibat terlibat dalam insiden pergaduhan di Kuala Terengganu dalam aksi pra-musim menentang Terengganu II, ini menjadi punca mereka berantakan.

12 gol dalam 19 penampilan di Liga Super musim lalu membuktikan kemampuan sentuhan akhir Casagrande. Malah, penyerang import kedua mereka, Sheriddin Boboev juga dilihat tidak mampu menandinginya apabila cuma berhasil mencetak enam gol dalam 18 penampilan. Jelas, usia bukanlah penghalang kemampuannya.

Berdepan juara Sumbangsih 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT), kehilangan Casagrande dan kapten, Endrick dos Santos, menyaksikan Penang serba tempang. Sudahlah kehilangan majoriti pemain musim lalu yang telah mengejutkan banyak pihak menamatkan musim di kedudukan ke-3 dalam penampilan semula di Liga Super.

Siapa yang akan gantikan posisi Casagrande? Siapa pula akan ambil peranan Endrick sebagai ‘playmaker’?

Hilal El-Helwe tentunya menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera serangan Penang. Dan peranan penting yang sering dimainkan Endrick selalunya akan diberikan kepada pemain tempatan, Danial Ashraf Abdullah.

Hilal El-Helwe merupakan penyerang yang mampu beraksi di semua posisi serangan termasuk di kiri dan kanan. Perancangan asal mungkin mahu menjadikannya sebagai penyerang sisi seperti Sheriddin Boboev sebelum ini. Namun, ketiadaan Casagrande mungkin telah memaksa Tomas Trucha untuk mengubah percaturan pasukan.

“Saya sentiasa dahagakan gol, kejayaan dan kemenangan. Dalam bola sepak, anda memerlukan masa untuk sesuaikan diri dan saya harap saya tidak akan mengambil masa yang lama, sebelum liga bermula.”

Hilali El-Helwe kepada The Star

Pada permulaan kariernya di Eropah di usia 21 tahun, beliau pernah menarik perhatian kelab di Bundesliga, VfL Wolfsburg selepas cemerlang meledak 16 gol dalam dua musim bersama kelab divisyen 4 Jerman, TSV Havelse. Menurut laporan Socceroos.com, Hilal El-Helwe dikatakan cekap ‘menghidu’ peluang meledak gol.

Ia juga dibuktikan di peringkat kebangsaan apabila meledak sembilan gol daripada 42 penampilannya.

Dengan ketinggian 186cm, kemampuannya di udara mungkin saling tak tumpah dengan Casagrande.

Endrick Dos Santos ‘Rehat’ Panjang, Penang FC Masih Ada Danial Ashraf

Untuk Danial Ashraf pula, pada musim lalu, beliau telah diturunkan dalam 19 perlawanan Liga Super.

Dalam 19 penampilannya, Penang FC menang 11 daripadanya, selain merekodkan empat keputusan seri dan empat kekalahan. Beliau juga meledak empat gol musim ini dan salah satunya adalah gol kemenangan.

Ia dilakar ketika menewaskan Sri Pahang 2-1 pada 5 September lalu ketika beliau yang baru sahaja dimasukkan sebagai pemain gantian berjaya meledak gol kedua dan kemenangan Harimau Kumbang di minit ke-72.

Kekuatan utama Danial Ashraf adalah di posisi belakang penyerang utama, iaitu posisi milik kapten pasukan, Endrick dos Santos. Jadi, jika Penang meletakkannya di situ, kita akan dapat melihat aksinya yang sebenar.

https://twitter.com/AfiqShari/status/1499360624446676992

Dalam beberapa perlawanan, Danial Ashraf antara ‘kunci’ yang membuka peluang untuk pasukannya. Ini pernah dilakukannya ketika bersama Kelantan satu ketika dahulu ketika berada di belakang Mohammed Ghaddar.

Jadi, berdepan JDT, Penang mungkin terpaksa bermain lebih bertahan. ‘Melambung’ bola tanpa perlu melalui jentera tengah dari bawah mungkin antara pilihan yang ada buat Tomas Trucha bagi mengelakkan Harimau Kumbang terperangkap dengan permainan sendiri di middle third yang tentu akan dikuasai penuh oleh JDT.

Hilal El-Helwe merupakan penyerang yang suka memintas pertahanan dari belakang, menjadikan ia satu peluang keemasan buat Tomas Trucha untuk ‘melambung’ bola bagi beliau memecah blok pertahanan JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN