“Peluang Cerah Ke Piala Asia Tahun Depan” – Azam Azih Optimis Dengan Prestasi Semasa Harimau Malaya

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Berdasarkan daripada dua aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 lalu, jelas ada beberapa peningkatan dipamerkan oleh skuad kebangsaan dengan tampil lebih menyakinkan dalam corak permainan mereka.

Enam gol terhasil serta tidak bolos daripada dua perlawanan persahabatan menjadikan Malaysia kini berada di landasan tepat untuk membuktikan sesuatu pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tidak lama sahaja lagi.

Menurut pemain tengah skuad kebangsaan iaitu Nor Azam Azih, beliau melihat rakan sepasukan lain kini optimis dan bersemangat untuk membuktikan kepada para penyokong pada kejohanan tersebut yang bakal membuka tirai pada 8 Jun ini.

Tambah beliau, barisan pemain kini juga tampak lebih yakin beraksi di atas padang berbanding sebelum ini setelah menerima latihan berintensiti tinggi daripada Kim Pan-gon untuk memberi kedan dalam corak permainan.

“Kalau kita tampilkan permainan yang sama seperti kedua-dua perlawanan persahabatan ini, saya lihat kita mempunyai peluang cerah untuk ke Piala Asia tahun depan.

“Saya lihat para pemain juga bermain dengan keyakinan yang tinggi atas padang sekali gus tiada untuk mengharungi perlawanan pada kelayakan Piala Asia 2023.

“Setakat ini, corak latihan berintisiti tinggi diterapkan jurulatih boleh saya ikuti sekali gus meningkat prestasi ketika beraksi di padang,” katanya menerusi Arena Metro.

Azam antara pemain yang mempamerkan aksi cemerlang ketika diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Hong Kong pada perlawanan persahabatan tersebut.

Aksinya bergandingan bersama Syamer Kutty Abba berjaya mengekang pergerakan lawan daripada tengah dan menjadi pemain penting buat skuad kebangsaan dalam mengawal tempo permainan

Sebelum itu, Malaysia tampil konsisten mencatat kemenangan setelah membenam cabaran Brunei dengan keputusan 4-0 serta Hong Kong dengan dua jaringan tanpa balas dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dua aksi persahabatan tersebut amat penting sebagai medan ujian buat Pan-gon untuk menilai para pemain serta menguji taktikal dalam pasukan sebelum aksi Kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Malaysia bakal menentang Turkmenistan dalam perlawanan pembukaan pada 8 Jun ini sebelum menerima tentangan daripada Bahrain dan Bangladesh dalam Kumpulan E.

Kredit foto: FAM

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN